Baru-baru ini, pelakon drama Fira Ayuni, Shah Iskandar telah menolak dakwaan kononnya dia dan kakak kepada aktres, Anzalna Nasir bercinta berikutan sebuah status yang dimuat naik oleh Diana di laman sosialnya, yang memanggil Shah dengan gelaran baby.
Susulan kenyataan tersebut, selaku adik kepada Diana, Anzalna telah melahirkan rasa kecewa terhadap kenyataan Shah yang seolah-olah menunjukkan kakaknya hanya bertepuk sebelah tangan.
Dalam pada itu, Anzalna akui pernah membaca khidmat pesanan ringkas yang dikirimkan oleh Shah kepada kakaknya dan menurut Anzalna, perbulan mereka pada ketika itu dilihat seperti pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta.
Saya dah baca beberapa SMS daripada Shah kepada Diana dan daripada pandangan mata kasar saya, perbualan mereka itu menampakkan seperti mereka pasangan yang sedang hangat bercinta.
Tetapi entahlah, bila pihak yang sebelah sana bermati-matian menafikan, Diana pula berdiam diri, itu menampakkan seperti kakak saya yang melebih-lebih.
Kalau anda sendiri yang membaca SMS itu anda akan tahu yang kakak saya, Diana bukanlah syok sendiri seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Shah Iskandar nafi bercinta dengan Diana Nasir
Mengulas lebih lanjut mengenai hal tersebut, Anzalna turut menegaskan bahawa, kakaknya tidak akan sewenang-wenangnya memanggil seseorang itu dengan panggilan baby jika individu tersebut tidak mempunyai hubungan istimewa dengannya.
Kakak saya tidak akan sesekali memberi gelaran baby atau apa-apa gelaran istimewa kepada Shah atau mana-mana lelaki jika mereka tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa.
Saya tak rela kakak saya dipermainkan begini dan dipandang serong oleh peminat…Tapi tak mengapa, lambat laun perkara sebenar akan terdedah jua.
Meskipun begitu, pelakon drama I Love You Mr Arragont ini akui tidak akan menyimpan sebarang dendam terhadap Shah, cuma dia merasa kesal dan tidak menyangka aktor tersebut akan mengeluarkan kenyataan seperti itu.
Sebagai rujukan, sebelum ini Shah pernah mengeluarkan kenyataan menerusi majalah hiburan tempatan dengan manyatakan bahawa, dia hanya menganggap Diana sebagai kawan biasa dan tidak menyimpan sebarang perasaan terhadap wanita tersebut.
sumber:http://www.ohbulan.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment