BELOG HARIAN

[x]

Fan Club Dibubarkan, Johan As’ari Hilang Peminat Serta Merta?

on Friday, 4 July 2014


Terkejut Murai Batu apabila ada salah seorang rakan Murai Batu yang juga follower akaun kelab peminat pelakon, Johan As’ari iaitu Johan Asari Fan Club memberitahu kelab itu telah dibubarkan.

Betul ke dibubarkan? Tetapi mengapa dibubarkan? Tu yang membuatkan Murai Batu pelik. Tapi menurutnya, satu nota telah dimuat naik oleh pengurus kelab peminat itu yang mengumumkan ianya dibubarkan berkuatkuasa serta merta semalam.

Berikut merupakan nota yang dimuat naik dalam akuan Instagram kelab tersebut.

“2 Julai 2014

Saya selaku pengurus kelab JAFC (Johan Asari Fan Club) dengan ini mengumumkan bahawa kelab JAFC dibubarkan berkuatkuasa serta merta. Segala bayaran ahli rasa tidak berbaloi boleh dituntut sehingga 31 Julai, Terima kasih”

Murai Batu pun tak pasti mengapa kelab peminat yang telah ditubuhkan sejak 3 tahun lalu itu boleh dibubarkan begitu sahaja kerana Murai Batu lihat pemiant mereka aktif juga melakukan aktiviti bersama artis kegemaran mereka itu.

Adakah hubungan Johan dan peminanya kini sudah tidak baik atau ianya hanya masalah dalam kelab itu sendiri? Murai Batu pun tidak dapat pastikan.

Murai Batu harap dengan terbubarnya kelab ini, Johan tidak lah hilang peminat dan segeralah menyelesaikan masalah di ntara mereka kerana peminat dan penyokong juga membantu dalam kerjaya setiap artis.
sumber:http://zamrispoon.blogspot.com/

Nora Danish Beramal Dengan Jual Karipap Frozen Neno Puff


Makin galak nampaknya pelakon genit Nora Danish melibatkan diri dalam bidang perniagaan di bulan Ramadan ini.

Selepas berkolaborasi dengan Fashion Valet dengan mengetengahkan koleksi pakaian rayailhamnya, terbaharu Nora juga menjual karipap frozen pelbagai inti, resipinya dan kekasih hati, Nedim Nazri yang mana sebahagian daripada hasil jualan akan disumbangkan kepada pihak yang memerlukan.

Neno Puff terdapat dalam tiga pilihan inti iaitu ayam, daging dan daging bercili dan setiap bungkusan yang mengandungi 10 biji karipap dijual pada harga RM10.




Proses pengedaran kepada pelanggan yang menempah terlebih dahulu akan dilakukan pada setiap hari selepas solat tarawikh sehingga waktu sahur mengikut lokasi yang telah ditetapkan oleh Nora.

Kalau anda nak merasa air tangan pelakon kegemaran anda ni, janganlah lupa membeli sambil beramal dengan menghubungi nombor 0169962970 untuk membuat sebarang tempahan! –MYNEWSHUB.MY

Pengemis Asing Mampu Tinggal Di Hotel 3 Bintang



Pengemis asing di ibu negara didapati mampu tinggal di hotel tiga bintang menggunakan hasil sumbangan orang ramai, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata maklumat itu didapati hasil siasatan beberapa agensi kerajaan ke atas golongan pengemis di bandar raya ini.

Oleh kerana itu, kerajaan memutuskan untuk mengambil tindakan tegas ke atas pemberi sedekah bagi memastikan sumbangan wang itu benar-benar diberikan kepada golongan yang memerlukan, katanya.

“Kita tak mahu pengemis di sepanjang jalan. Kita juga nak hentikan kegiatan sindiket (pengemisan). Saya tahu ada sindiket yang hantar budak-budak, (warga) Rohingya dan orang asing untuk dapat duit dan dia pula jadi tauke,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataannya semalam berhubung tindakan kerajaan untuk mewujudkan peraturan bagi mendenda pemberi sedekah di ibu negara bagi mengatasi masalah berkenaan.

“Jika kita dapat tangkap pemberi sedekah, mereka akan didenda RM150 dan diberikan resit bernombor. Wang itu akan dikumpulkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan akan disalurkan kepada golongan miskin,” katanya.


Tengku Adnan berkata, undang-undang kecil dan prosedur operasi standard mengenai perkara itu akan diperkenalkan dalam tempoh seminggu dua lagi.

Tegasnya, mana-mana pihak atau individu yang ingin bersedekah boleh menggunakan saluran seperti pusat pungutan zakat, majlis-majlis agama atau persatuan berkaitan untuk tujuan itu.

Bagi tujuan sama, pusat-pusat yang memberi makan kepada golongan gelandangan juga perlu berpindah dari pusat bandar raya bermula minggu depan atau bakal didenda dalam usaha membersihkan ibu kota daripada pengemis dan gelandangan, katanya.

Beliau berkata pusat-pusat itu kini tidak lagi dibenarkan untuk beroperasi di dalam lingkungan duakilometer dari kompleks membeli belah Lot10 di Jalan Bukit Bintang.

Tengku Adnan juga berkata pihaknya telahpun mendapatkan pekerjaan untuk golongan gelandangan dan pengemis ini, tetapi mereka ini didapati “malas” dan enggan meneruskan kerja yang telah diberikan.

Selain itu, usaha kementerian untuk mewujudkan pusat perlindungan untuk golongan itu didapati akan menyebabkan mereka rasa puas dan tidak mahu bekerja, katanya.

“Imej bandar raya ini sangat buruk. Jika kita tidak ambil tindakan itu, masyarakat akan menjadi tidak berdisiplin,” jelasnya apabila ditanya sama ada beliau terlalu tegas dalam keputusannya kali ini.

Tengku Adnan turut melahirkan kebimbangan dengan wujudnya komuniti pengemis dan gelandangan di ibu kota, yang akan menyebabkan masalah kebersihan yang boleh menggalakkan pembiakan nyamuk aedes dan tikus.

Kementerian melalui DBKL akan bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pelbagai agensi berkaitan untuk melaksanakan ‘pembersihan’ itu, katanya. – BERNAMA
sumber:http://mynewshub.my/main

Bas terbalik, Tujuh Penumpang Selamat

on Thursday, 3 July 2014


Tujuh penumpang berdepan detik cemas apabila bas ekspres dinaiki terbabas sebelum terbalik di Kilometer 234, Lebuhraya Utara Selatan (Plus), petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, bas yang dalam perjalanan dari Kamunting ke Kuala Lumpur itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pembahagi jalan.

Rempuhan kuat itu mengakibatkan bas dua tingkat itu masuk ke laluan bertentangan lalu merempuh sebuah kereta.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Ismail Darus berkata, keadaan bas yang terbalik mengakibatkan lorong kiri laluan terhalang dan berlaku kesesakan.

“Setibanya di tempat kejadian, kita terus memeriksa keadaan dalam bas bagi memastikan tiada mangsa yang tertinggal atau tersepit, Alhamdulillah semuanya penumpang bas termasuk pemandu kereta selamat tanpa sebarang kecederaan serius,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dalam pada itu, seorang saksi kejadian yang berada di kawasan itu terkejut apabila melihat bas tersebut terbalik dan menutup keseluruhan laluan kiri lebuh raya.

“Jika dilihatkan pada keadaan bas itu, saya bimbang mungkin ada penumpang yang maut atau cedera parah tetapi saya lega apabila mendengar tiada kecederaan serius dalam kemalangan itu.

“Begitu pun, kemalangan itu menyebabkan kesesakan teruk sepanjang beberapa kilometer kerana bas yang melintang di atas jalan itu menutup satu laluan,” katanya. 
sumber:– Sinar Harian Online
 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved