7 Tahun Bercinta Akhirnya Berpisah, Hazama Temui Pengganti

[x]

7 Tahun Bercinta Akhirnya Berpisah, Hazama Temui Pengganti

on Friday, 4 October 2013

 Setelah 7 tahun bercinta dengan gadis yang dikenali sebagai 'N' berakhir, Hazama mengaku beliau sedang mengenali hati budi seorang pemuzik wanita berbangsa Cina, Genervie Kam.

Namun, Hazama turut menegaskan Genervie bukanlah punca perpisahan dengan bekas kekasih kerana dia mula rapat dengan pemuzik itu setelah putus cinta.

“Saya dan ‘dia’ telah duduk berbincang secara baik dan akhirnya mencapai kata sapakat untuk berpisah. Keputusan yang diambil bersama ini kerana hubungan cinta selama tujuh tahun itu telah menemui penghujungnya,” ujar Hazama.

Mengakui perpisahan tersebut turut memberikan impak kepadanya, namun Hazama mengumpulkan kudrat kerana dia perlu bangkit ketika perpisahan itu berlaku dia sedang dalam rangka promosi album, 'Penglipur Lara'.

“Benda yang lepas biarkan berlalu kerana hidup mesti diteruskan. Saya masih punya kerjaya yang perlu diberikan fokus dan saya tahu diri akan menjadi lemah jika dibiarkan hanyut kecewa memikirkan kisah cinta tersebut,” ujar Hazama.

Tambah Hazama lagi, 'Penglipur Lara' memuatkan luahan kecewa dan kisah cintanya. Bagi Hazama, tidak perlu untuk dia bercerita tentang kisah-kisah peribadi kepada umum. cukuplah untuk dia sahaja yang mengetahui hal sebenar.

Mengulas mengenai sikapnya yang kelihatan lebih bersikap terbuka mengenai kisah cintanya bersama Genervie, Hazama menjelaskan sebelum ini dia agak berahsia dengan hubungan cintanya kerana dia menghormati status 'N' yang merupakan gadis biasa dan ingin mengekalkan privasinya.

“Genervie merupakan orang industri yang mana turut dikenali oleh banyak pihak, jadi untuk tidak menimbulkan spekulasi, saya mengambil pendekatan untuk bersikap lebih terbuka. Dalam industri ini, jika kita ingin menyorok sesuatu, lagi orang ingin tahu dan ini boleh menimbulkan pelbagai andaian negatif,” jelas Hazama.
sumber : Kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved