Semasa kejadian, seperti yang dimaklumkan oleh salah seorang peminat, wanita berkenaan dilihat sedang memperbetulkan tali leher milik Aidil dan mereka dilihat sangat mesra seolah-olah seperti pasangan 'kekasih'.
Dalam pada itu, Aidil yang dihubungi wartawan hari ini menafikan wanita itu adalah kekasihnya tetapi mengakui dia sudah lama mengenali wanita tersebut sebagai rakan.
"Pada masa itu, saya baru sahaja tiba dari Kota Bahru dan terpaksa berlepas ke China untuk perlawanan menentang Emiriyah Arab Bersatu (UAE). Lagipun, semasa menunggu penerbangan seterusnya, saya bersama skuad kebangsaan yang lain.
"Tambahan, saya tidak akan keluar dengan wanita yang tidak dikenali," katanya yang turut merahsiakan tarikh dia mengenali wanita itu.
Ketika ditanya tujuan wanita itu datang ke KLIA, Aidil cuma memberitahu, dia menghantar barangnya yang tertinggal.
"Saya tidak mempunyai orang terdekat. Jadi, saya meminta pertolongan wanita berkenaan untuk menghantarnya memandangkan dia adalah kawan kepada tunang salah seorang pemain kebangsaan," katanya.
Aidil dan Rita sah bercerai pada 5 September lalu selepas Mahkamah Rendah Syariah Seremban mengesahkan lafaz cerai melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar oleh Aidil kepada bekas isterinya itu pada 4 Ogos lalu.
sumber:kezoom
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment