Aeril Ulas Menerusi Twitter, Enggan Jawab Panggilan Telefon

[x]

Aeril Ulas Menerusi Twitter, Enggan Jawab Panggilan Telefon

on Monday, 7 October 2013

Kontroversi dua pelakon popular, Wawa Zainal dan aktor drama bersiri Cinta Jannah, Aeril Zafrel berhubung status pernikahan mereka masih menjadi tanda tanya.

Walaupun khabar angin sudah bertiup kencang di dalam laman sosial dan portal berita hiburan, Aeril hari ini cuba menafikan perkara tersebut.

Menerusi laman Twitter, Aeril berkata, jika mahu mendapat kepastian mengenai perkara tersebut perlu menghubungi penulis artikel berkenaan kontroversi perkahwinan itu.



“Yang rasa mahu mendapatkan kepastian atau tidak, rasanya boleh hubungi penulis artikel berkenaan rajamawar@bh.com.my. Terima Kasih kak Raja. Sayang akak.

“Sampai masanya nanti saya akan dedahkan siapa dan tujuan sebenar 'mereka' itu. Hasbunallah Wani'malwaqil,”

"ALHAMDULILLAH....'mereka' telah keluarkan 'senjata terakhir' seperti yg dijangkakan...tlalu naif 'mereka' yg lontar batu sembunyi tangan ini," tulisnya lagi.

Bagaimanapun, usaha pihak akhbar berkenaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada Aeril sendiri melalui panggilan telefon tidak berjaya, apabila Aeril tidak menyambut panggilan tersebut.

Sebelum ini, pasangan tersebut pernah menafikan hubungan cinta mereka dan hanya mengeluarkan kenyataan “kami hanya berkawan sejak 2011”.

Isu ini menjadi panas apabila, pasangan ini dikatakan telah mempunyai cahaya mata lelaki yang kini berusia 6 minggu seperti yang dilaporkan Berita Harian, hari ini.

Mereka juga, dikatakan telah mendaftar pernikahan di Pejabat Agama Daerah Petaling pada 4 Februari lalu.
sumber: Kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved