Anak Nahas Dalam Lori Remuk

[x]

Anak Nahas Dalam Lori Remuk

on Wednesday 23 October 2013



KOTA KINABALU : Seorang bapa tidak menyangka trak tunda membawa lori tiga tan yang remuk akibat kemalangan yang melintas di depannya membabitkan anak gadisnya yang kritikal dalam kemalangan di Kilometer 15, Jalan Tuaran Bypass, di sini, kelmarin.

Bapa mangsa, Tony Sirduh, 50, berkata dia menunggu anaknya, Jasmin, 28, di tepi jalan di Inanam Laut, di sini, sebelum terserempak sebuah trak menunda lori remuk melintas di depannya.

“Dalam hati saya terdetik perasaan kasihan apabila membayangkan keadaan pemandu dan penumpang lori berkenaan tersepit dalam kenderaan yang remuk.

“Selepas beberapa minit kemudian, saya menerima panggilan daripada rakan memberitahu anak saya terbabit kemalangan jalan raya yang membabitkan lori pasir,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Terdahulu, dalam kejadian jam 10.30 malam, lori tiga tan dinaiki gadis terbabit bersama pemandu tidak dikenali berusia 30-an dirempuh lori pasir seberat 10 tan menyebabkan kedua-dua mereka parah dan dirawat di Hospital Queen Elizabeth II (HQEII).

Kemalangan berpunca akibat pemandu lori pasir terbabit dipercayai memandu dalam keadaan mabuk sebelum melakukan pusingan U dan dirempuh lori tiga tan dinaiki kedua-dua mangsa. 
sumber: – Metro
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved