Azwan Kombos Mengaku Ke Rumah Nad Zainal

[x]

Azwan Kombos Mengaku Ke Rumah Nad Zainal

on Friday, 4 October 2013


Pelakon drama bersiri ‘Dewi Lasak’, Azwan Kombos mengakui pernah pergi ke rumah kekasihnya, pelakon Nad Zainal, namun menafikan sekeras-kerasnya tentang gosip kononnya dia bersekedudukan dengan pelakon teater, ‘Maduku Kalut’ itu.

“Ya, memang saya pernah pergi ke rumah Nad, namun hanya sekadar menghantarnya pulang selepas Nad selesai penggambaran. Itupun jikalau ayah Nad tidak boleh mengambilnya. Saya juga pernah bertandang ke rumah Nad ketika Hari Raya dan untuk makan bersama keluarganya. Jadi, apabila timbul gosip begini rasa tak logik sebab dia tinggal bersama keluarganya dan perkara ini (bersekedudukan) memang tidak pernah terjadi,” ujar Azwan ketika dihubungi .

“Bagi saya, gosip tersebut adalah fitnah dan tidak benar sama sekali. Saya rasa benar-benar malu dan fikir kenapa gosip sebegini perlu timbul. Namun, bila difikir balik, inilah harga yang kami perlu bayar apabila menjadi anak seni,” ujar Azwan.

Azwan ketika dihubungi turut memberitahu gosip tersebut langsung tidak menjejaskan hubungan cintanya dengan Nad. Ditanya sama ada dia mempunyai musuh atau mungkin ada yang tidak senang dengan hubungannya bersama Nad, Azwan memberitahu dia enggan memikirkan soal tersebut dan berharap agar isu sebegini tidak timbul lagi.

“Saya tidak pasti jika ada pihak yang benci atau dengki dengan kami. Mungkin juga orang sengaja nak reka gosip ini untuk menghangatkan lagi blog mereka, entahlah. Orang bebas untuk bercakap dan kami tak ada hak untuk menghalang mereka daripada terus bercakap. Apapun, saya berharap dengan penjelasan saya ini akan dapat tutup segala spekulasi yang timbul.”

Bertanya kepada Azwan mengenai dakwaan kononnya Nad meninggalkan set penggambaran sebuah telefilem kerana tidak mahu berlakon dengan bekas kekasihnya, Amar Asyraf. Menghormati pendirian teman wanitanya itu, Azwan mengakui mungkin Nad ada sebab tersendiri berbuat demikian.

“Saya rasa lebih baik bertanya kepada Nad sendiri mengenai isu ini. Saya tidak tahu sangat, namun saya percaya apa yang Nad lakukan adalah untuk menjaga hati kedua ibu bapanya. Apa yang diceritakan oleh Nad kepada saya, dia sendiri tidak tahu Amar ada berlakon dalam telefilem tersebut.

Jadi, atas dasar prinsipnya sebelum ini, dia meminta budi bicara pihak produksi dan pengarah untuk mencari penggantinya. Mereka tiada masalah mengenai perkara tersebut kerana Nad hanya pelakon tambahan dan hanya mempunyai tiga babak sahaja,” ujarnya mengakhiri perbualan.
sumber : http://www.gua.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved