Bayi Ditinggal Selepas Dilahirkan, Waris Dicari

[x]

Bayi Ditinggal Selepas Dilahirkan, Waris Dicari

on Wednesday 9 October 2013



JKM Cari Waris Bayi Perempuan Ditinggal

KULIM - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kulim sedang mencari waris dan ibu kandung seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di wad bersalin Hospital Kulim pada 25 Ogos lepas.

Wanita berkenaan melahirkan bayinya pada 18 Ogos dan menghilangkan diri sejak 25 Ogos.

Pegawai Pelindung JKM Kulim, Munirah Athirah Abdul Aziz berkata, bayi itu, yang dinamakan Nur Damia Irdani Abdullah, dalam keadaan sihat dan dijaga pihak hospital setelah pentadbiran hospital mendapati ibu kandungnya, Siti Rosenita Zakaria, 29, menghilangkan diri dari wad bersalin.

"Alamat terakhir Siti Rosenita yang memegang kad pengenalan nombor 840108-07-5571 adalah Kampung Banggol Penyengat, 09700 Karangan, Kulim, Kedah manakala nombor sijil lahir bayi itu pula adalah CX21399," katanya kepada Bernama semalam.

Beliau berkata sehingga kini, ibu kandung bayi itu tidak menuntut anaknya dan kanak-kanak itu kini ditempatkan sementara di institusi perlindungan.

Munirah Athirah berkata, orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan ibu kandung serta keluarganya diharap dapat membantu pihak JKM bagi tujuan penyerahan dan penempatan bayi itu.

Beliau berkata, jika tiada anggota keluarga yang menuntutnya, bayi itu akan diserah kepada institusi di bawah JKM bagi perlindungan dan pemeliharaan sewajarnya.

Orang ramai yang mengenali atau mengetahui maklumat berkaitan ibu bayi itu boleh menghubungi JKM di talian 04-4907403 ataupun mana-mana balai polis
berhampiran. - Bernama
sumber: http://pistolnakal.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved