Bayi Lelaki Maut Dilanggar Ibu Ketika Undur Kereta

[x]

Bayi Lelaki Maut Dilanggar Ibu Ketika Undur Kereta

on Wednesday 9 October 2013


BAPA mangsa, Mohd. Fitri Ngah mencium jenazah anaknya Muhammad Faqih, 10 bulan, yang maut selepas terlanggar kereta yang dipandu isterinya, di Jalan Ibrahim, Bukit Besar, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU  - Seorang bayi lelaki berusia 10 bulan maut apabila dilanggar oleh kereta yang dipandu ibunya ketika sedang mengundurkan kenderaan itu di pekarangan rumah di Kampung Bukit Besar dekat sini kira-kira pukul 7.15 pagi tadi.

Kejadian yang menyayat hati itu berlaku apabila mangsa, Muhammad Faqih Mohd. Fitri tanpa disedari dikatakan merangkak keluar dari rumah dan menuju ke belakang kereta.

Mangsa yang dikejarkan ke hospital Sultanah Nur Zahirah di sini disahkan meninggal dunia kira-kira 15 minit kemudian ketika dirawat di wad kecemasan.
sumber:  - UTUSAN ONLINE

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved