ChaCha Bidas Iqwal Hafis Tumpang Populariti

[x]

ChaCha Bidas Iqwal Hafis Tumpang Populariti

on Sunday, 6 October 2013

 Chacha Maembong akhirnya bersuara dengan membidas pandangan sesetengah pihak yang beranggapan Iqwal Hafiz cuba menumpang popularitinya apabila dia mengeluarkan kenyataan mereka sedang menjalinkan hubungan cinta baru-baru ini.

Menurut Chacha, dia tidak melihat Iqwal cuba menumpang populariti. Ini kerana Iqwal sebenarnya dikenali oleh orang dalam industri, cuma beliau kurang popular dikalangan peminat hiburan.

“Tidak juga kerana boleh nampak cara dia lain, dan bukanlah seperti ingin menumpang populariti. Kalau dikirakan nama dia lebih hebat dari Chacha sendiri kerana bakat yang ada padanya. Malah, orang dalam industri juga turut mengenalinya cuma belum begitu popular di kalangan orang ramai,” ujar Chacha.

Chacha yang diminta mengulas kenyataan Iqwal tersebut, dia masih menganggap Iqwal hanyalah sebagai teman rapat.

“Dia merupakan kawan kepada kawan saya. Kami mula saling mengenali untuk tempoh sebulan ketika Chacha di hospital sebulan lalu kerana penyakit appendiks. Hubungan kami masih dalam perkenalan dan masih terlalu awal untuk sampai ke tahap bercinta kerana kami baru saja kenal. Malah, Chacha dan Iqwal juga tidak pernah keluar berdua, sebaliknya ditemani oleh kawan-kawan atau ibu bapa Iqwal sendiri.

"Chacha memang rapat dengan ibu bapa Iqwal dan menganggap mereka seperti ibu bapa angkat,” ujar Chacha yang sebelum ini dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Shah Iskandar dan Ally AXL.
sumber:Kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved