JOHOR BAHRU - Seorang pembantu am sanggup menempuh perjalanan ribuan batu bagi mengesan anak dan isterinya yang didakwa tidak pulang ke rumah, sejak beberapa hari lalu.
Azman Yusof, 54, meredah perjalanan bersama abangnya dari Termerloh, Pahang, datang ke Johor Bahru, tanpa destinasi tepat untuk dituju bagi mencari isterinya, Nor Fairuz Salleh, 37, dan anak angkat mereka Humairah, 3 tahun.
Dia yang telah berkahwin sejak 2004 itu percaya isterinya membawa anak angkat mereka yang dipelihara sejak lahir datang ke Johor Bahru, susulan penemuan tiket bas ke selatan negeri.
“Saya hanya menyedari isteri tiada di rumah bersama anak pada 30 September lalu jam 1.10 petang ketika pulang rehat tengahari, pada masa itu saya fikir mereka keluar, namun rumah sunyi sehingga saya pulang dari bekerja jam 5.30 petang.
“Duit RM400 yang disimpan dalam rumah juga didapati hilang. Saya syak dia (isteri) mempunyai rakan lelaki kerana beberapa hari sebelum kehilangan, seorang lelaki datang bertemu isteri dan memberi sebuah telefon bimbit bernilai RM230 hasil penemuan resit yang dikeluarkan dari sebuah pusat beli belah di Senai,” katanya kepada media disini.
Azman berkata, dia nekad mencari isteri dan anaknya kerana khuatir keselamatan mereka.
Menurutnya, isterinya tidak berkelulusan tinggi dan tidak bekerja tetap, jadi bagaimana mereka mahu meneruskan hidup kelak.
“Saya rayu mereka pulang dan jika ada sebarang masalah ia boleh diselesaikan bersama,” katanya yang rindu akan panggilan abah daripada anaknya setiap hari selepas pulang bekerja.

sumber: http://www.utaranews.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment