Dua orang pengasas awal BlackBerry bercadang mahu membeli lebih banyak saham BlackBerry supaya majoriti pegangan hak milik syarikat pembuat telefon pintar BlackBerry itu jatuh ke tangan mereka berdua sebagai pemegang saham terbesar. Jika hal ini berjaya dilakukan, salah seorang daripada mereka bakal menjadi Presiden manakala seorang lahi menjadi Pengarah.
Mike Lazaridis dan Douglas Fregin, dua orang rakan baik yang telah mengasaskan BlackBerry secara bersama-sama sebagai Research In Motion (RIM) satu ketika dahulu bercadang mahu membida BlackBerry untuk membolehkan mereka membeli BlackBerry.
Buat masa ini, Mike Lazaridis dan Douglas Fregin masing-masing memiliki pegangan saham sebanyak 8% dari jumlah keseluruhan saham BlackBerry. Berkemungkinan, mereka akan membeli lebih banyak saham untuk memperbesarkan jumlah pemilikan saham masing-masing menggunakan duit sendiri.
BlackBerry mahu dibeli oleh sekumpulan syarikat kewangan diketuai oleh Fairfx Financial Holdings Ltd yang memegang 10% daripada keseluruhan saham BlackBerry. Khabar angin mengatakan beberapa syarikat teknologi lain menyatakan minat mahu membeli sebahagian daripada BlackBerry khususnya BlackBerry Enterprises Services. Nama-nama syarikat teknologi lain yang terlibat adalah Cisco System Inc, Google dan Samsung.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment