Bagi yang tidak mengikuti perkembangan Emma Maembong di laman sosial, terutamanya Instagram, pastinya terkejut dan tertanya-tanya sebaik sahaja anda membaca tajuk di atas.
Untuk makluman anda, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail telah memuat naik dua keping foto dirinya berpakaian pengantin seolah-olah baru selesai majlis persandingan.
Melihat pada suasana di dalam gambar tersebut yang turut dilengkapi pelamin membuatkan ramai berpendapat Emma telah berkahwin secara senyap-senyap. Betulkah?
Apa yang pasti, foto tersebut diambil sewaktu Emma sedang menjalani penggambaran untuk drama terbaru berjudul Projek Memikat Suami.
Namun begitu, kebanyakan peminat yang melihat foto tersebut memuji kecantikan Emma dan berharap perkahwinan pelakon yang semakin popular ini bukan sekadar lakonan.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment