Foto Mesra Rody Kristal & Teman Wanita?

[x]

Foto Mesra Rody Kristal & Teman Wanita?

on Wednesday 23 October 2013

Baru-baru ini, pemain gitar kumpulan Kristal, Rody dilihat aktif berkongsi beberapa foto mesranya bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Zazarinna.
Melalui perkongsian foto tersebut, Rody dan wanita itu kelihatan sangat mesra dan mereka dilihat sering menghabiskan masa terluang bersama.

Meskipun kemesraan jelas terpancar diwajah kedua-dua pasangan ini, akan tetapi Rody lebih selesa menggelar Zazarinna sebagai kawan ataupun teman baiknya sahaja.

Rody & Zazarinna menghabiskan masa terluang bersama

Bagaimanapun, meneliti ruang komen yang terdapat pada foto tersebut, rata-rata pengikut serta teman Rody bersetuju jika suatu hari nanti mereka disatukan dan lebih menarik lagi apabila ramai yang berpendapat wajah mereka seiras.

Walaupun ramai yang mendoakan kebahagiaan pasangan ini, akan tetapi Rody dan Zazarinna lebih selesa untuk berdiam diri dan membiarkan teman-teman berteka teki mengenai status sebenar hubungan mereka.

Apa pun, jika benar mereka bercinta, diharapkan semoga hubungan tersebut akan terus berkekalan hingga ke jinjang pelamin.
Rody Kristal 7

Rody Kristal 4
Rody Kristal 9
sumber: http://www.ohbulan.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved