Hanez Suraya Nafi Jaja Teman Lelaki

[x]

Hanez Suraya Nafi Jaja Teman Lelaki

on Monday, 7 October 2013

Kisah cinta terbaharu Hanez Suraya dengan seorang lelaki misteri mengundang persoalan peminat setelah gambar mesra mereka dimuat naik di Internet sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi.
Ramai peminat berpendapat Hanez kini sudah menemui pengganti baru selepas kecundang bercinta dengan penyanyi Awi Rafael.

Berlatar belakangkan pantai, ada berpendapat pasangan tersebut sedang meraikan cinta dengan bercuti bersama-sama di Pulau Tioman, Pahang.

Seiring itu timbul tanggapan liar mengatakan Hanez sengaja mahu menunjuk-nunjuk kehadiran teman lelaki baru dalam hidupnya.


Biarpun berulang kali Hanez menegaskan lelaki itu sekadar teman namun tetap timbul kemusykilan mengapa dia sanggup bersusah payah membuat kejutan kepada Hanez pada hari terakhir aktres tersebut menjalani penggambaran sebuah rancangan berbentuk permainan ekstrem .

“"Ada orang kata Hanez mudah dapat pengganti selepas putus dengan bekas kekasih. Sebenarnya tak. Hanez ambil masa yang agak lama untuk pulih. Wanita mana yang tak sedih bila patah hati.

"“Kalau dahulu Hanez terlalu menjaga hati dia. Apa saja yang Hanez buat, Hanez dahulukan perasaan dia. Tapi itu semua cerita dulu. Cerita masa kami ada hubungan istimewa.

"“Jadi apabila sudah putus, Hanez bangkit. Hanez dah tak nak fikir cerita silam yang sedih-sedih itu. Sebab Hanez dah tak ada masa nak pandang belakang.

“Kemudian bila ada lelaki lain hadir dalam hidup Hanez, rasanya tak salah kalau Hanez berkawan rapat? Lagi pun Hanez single dan bebas untuk berkawan dengan siapa saja.

"“Hanez bukan nak menunjuk-nunjuk atau berkongsi cerita cinta Hanez. Sebab itu Hanez rasa tak wajar untuk bercerita tentang perkara ini buat masa sekarang," tegasnya.

Masih belum bersedia untuk Hanez mendedahkan siapakah sebenarnya lelaki tersebut yang khabarnya seorang ahli perniagaan, Hanez meminta diberikan sedikit ruang untuk mengerti situasi dirinya yang tidak mahu mencetuskan kontroversi berhubung soal cinta lagi.

Menurut “Hanez lagi, beliau banyak belajar daripada kisah cinta masa silam. Banyak kesilapan berlaku jika terlalu mendedahkan kisah cinta kita pada masyarakat. Cerita kerjaya kita seolah-olah dipinggirkan.

“"Sebab itu Hanez seboleh-bolehnya tak mahu bercakap pasal soal cinta ini. Cuma apa yang boleh Hanez katakan Hanez dalam proses nak mengenali hati budi dia."

“"Dia adalah lelaki yang paling hampir dengan Hanez buat masa sekarang ini. Nak cakap lebih-lebih pun tak boleh sebab Hanez takut pisang berbuah dua kali."

“"Dan kalau boleh Hanez tak mahu merasai kesakitan itu lagi. Berserah saja pada jodoh," katanya yang enggan lagi menjalin hubungan cinta dengan individu dalam industri hiburan selepas cintanya putus di tengah jalan dengan Awi Rafael.

Mengajukan persoalan tentang sikap Hanez yang agak berahsia tentang kisah peribadi berbanding sebelum ini apabila amat terbuka berkongsi cerita dengan masyarakat, wanita ini tersenyum.

Tegasnya, dia perlu membuat pertimbangan sewajarnya sebelum berkongsi cerita peribadi kerana tidak mahu dikata sengaja mencari publisiti murahan.

“Cukup-cukuplah Hanez kongsi cerita tentang cerita cinta Hanez. Entah-entah orang di luar itu dah naik menyampah," katanya.
sumber:Kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved