Keburukkan Lebih Dan Kurang Tidur Terhadap Kesihatan

[x]

Keburukkan Lebih Dan Kurang Tidur Terhadap Kesihatan

on Tuesday, 8 October 2013



Jika anda jenis yang tidur kurang dari 6 jam, anda mempunyai 48% kebarangkalian mengalami penyakit jantung yang mungkin boleh mengakibatkan kematian dan 16% kebarangkalian untuk mengalami strok atau mati darinya. Ini kerana berdasarkan satu penyelidikan yang dibuat di Universiti Warwick, tabiat tidur lewat malam dan bangun pada awal pagi membawa risiko besar terhadap kesihatan.

Menurut sebuah kajian di Sekolah Perubatan Harvard, lelaki berusia 65 tahun ke atas yang tidak mempunyai tidur yang cukup akan lebih mudah menghidapi penyakit darah tinggi. Tekanan darah tinggi berupaya meningkatkan risiko sakit jantung, strok dan banyak lagi penyakit lain.

Benar, tidur yang melebihi 9 jam berterusan memberi petanda sesuatu penyakit seperti penyakit kardiovaskular tetapi ramai pakar perubatan mendapati bahawa kekurangan tidur mengakibatkan tekanan, membuatkan jantung berdegup dengan lebih kencang.

Tambahan pula, bukan sahaja tidur berlebihan membawa kepada masalah kegemukan. Malah, kegemukan juga boleh diakibatkan oleh tidur yang kurang. Jelas Dr John Shneerson, seorang pakar kedoktoran di pusat tidur Hospital Papworth, sel lemak badan menghasilkan sebuah hormon yang dikenali sebagai leptin, yang berfungsi menutup selera makan demi mengekalkan berat badan. Sekiranya tidak cukup tidur, tahap leptin akan berkurang, membuatkan rasa selera makan kian naik. Pada masa yang sama, tabiat tersebut juga akan meningkatkan pengeluaran suatu jenis hormon dari bahagian perut yang dikenali sebagai ghrelin, yang berfungsi menaikkan nafsu makan.

Disebabkan rasa tertekan akibat kurang tidur, kelenjar adrenal akan menghasilkan lebih banyak jumlah steroid, lantas membuatkan lebih banyak lemak tersimpan dalam badan.

Berdasarkan kajian yang dibuat di UK, Amerika Syarikat, negara-negara Eropah dan Asia Timur, mereka yang mengamalkan tidur kurang dari 6 jam sehari mengalami 12% kebarangkalian untuk mati dalam masa 25 tahun berbanding mereka yang mendapat tidur cukup, iaitu sekitar 6 hingga 8 jam. Lebih teruk lagi, kekurangan tidur yang mencukupi boleh membawa padah bunuh diri jika dibiarkan tabiat tersebut. Ini kerana tidur yang kurang membuatkan kita berasa lebih letih, pelupa, bersikap tidak peduli dan lebih mudah marah.

Untuk mendapatkan tidur yang enak, gunakan tilam dan bantal yang selesa dan beli tilam baru sekiranya tilam yang sedia ada sudah berusia lebih dari 10 tahun kerana hal ini boleh membawa kesan kepada tidur anda. Jika boleh, cuba dapatkan tidur selama tujuh hingga lapan jam setiap hari 
sumber: http://pingmerah.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved