KRU Studio Rancang Terbit Black Hawk Down Versi Malaysia

[x]

KRU Studio Rancang Terbit Black Hawk Down Versi Malaysia

on Sunday, 6 October 2013

KRU Studios dilaporkan sedang merancang untuk menerbitkan versi lain filem Hollywood, Black Hawk Down dengan mengangkat sudut pandang tentera Malaysia yang terlibat dalam pertempuran yang berlaku 20 tahun lalu di Mogadishu, Somalia itu.

Menurut kata Presiden Eksekutifnya Norman Abdul Halim yang mendedahkan, filem itu sebenarnya masih dalam peringkat perancangan dan penyelidikan mengenai peristiwa itu akan dimulakan tidak lama lagi.

"Kami belum melibatkan diri dengan mana-mana pihak ketiga. Kami menjalankan penyelidikan sendiri untuk menempatkan kejadian itu dari kaca mata tentera Malaysia (yang menyertai pertempuran tersebut)," katanya.

Kata Norman lagi, pihaknya masih lagi berbincang tentang jalan cerita filem yang belum ada judul itu serta usaha-usaha untuk berunding dengan Kementerian Pertahanan.

"Sekiranya kami berjumpa dengan pihak ketiga yang boleh bekerjasama dan projek itu kami lihat ada potensi, kami tentu akan meneruskannya. Perancangannya memang ada," tambah beliau.

Black Hawk Down yang terbit pada 2001 diarahkan oleh sutradara Ridley Scott dan diangkat daripada sebuah buku dengan judul yang sama yang ditulis oleh Mark Bowden.

Biarpun filem itu mendapat beberapa anugerah dan pengiktirafan terutama kerana adunan bunyinya, rakyat Somalia dan tentera antarabangsa yang berada di negara Afrika bergolak itu meremehkan filem tersebut kerana beberapa fakta yang salah.

Filem itu misalnya memadamkan peranan dan sumbangan tentera antarabangsa yang berkhidmat di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa Bersatu di Somalia termasuk tentera Malaysia daripada Batalion ke-19 Askar Melayu Diraja (Mekanis).

Dalam pertempuran itu, Korporal Mat Aznan Awang terbunuh selepas kereta perisai yang dipandunya ditembak dengan grenad pelancar roket semasa operasi menyelamatkan tentera Amerika yang terperangkap di Pasar Baraaka. Sembilan tentera Malaysia turut cedera.

Dua helikopter Amerika yang terlibat dalam misi memburu ketua pemberontak Jeneral Mohamed Farra Aidid sebelum itu menembak jatuh dua pesawat helikopter Amerika jenis Sikorsky UH-60 Black Hawk.

Allahyarham Korporal Mat Aznan kemudian dikurniakan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa atas keberaniannya itu.

Norman mendedahkan perancangan itu sebagai menjawab gesaan pembaca Astro AWANI yang mengharapkan keberanian tentera Malaysia di Mogadishu pada 20 tahun lalu diceritakan kepada generasi muda yang mungkin terpedaya dengan gambaran dalam filem Hollywood berkenaan.

"Kalau semua berjalan lancar, dokumentari itu akan ditayangkan di pawagam tempatan sebelum akhir tahun depan," kata Ahmad Yazid.

Norman menambah bahawa KRU Studios juga berminat untuk menerbitkan filem patriotik tetapi filem berkenaan tidak semestinya filem sejarah.

Beliau memberi contoh filem Hollywood, Independence Day dan berkata, rasa bangga dan cinta kepad anegara boleh dipupuk menggunakan apa saja cerita termasuk "cerita tentang makhluk asing" dan komedi atau muzikal.

"Filem patriotik tidak semestinya melodrama, menumpukan hanya kepada Merdeka, mengangkat tokoh politik atau apa yang berlaku 50 tahun lalu," katanya.

Beliau percaya sebuah filem cerita rekaan malah lebih menarik dari mencabar bagi seseorang pembikin filem dan adalah salah untuk mengatakan filem itu kurang patriotik.


"Cuma masalahnya di Malaysia, cerita makhluk asing seperti dalam Independence Day agak asing dengan kita kerana kita lebih dekat dengan hantu.

"Kami masih menunggu masyakat dan pihak berkuasa untuk bersikap lebih terbuka tentang bagaimana pembikin filem bercerita dan mendekati penonton," kata Norman.
sumber: Kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved