Menurut Lisdawati, beliau tidak tahu menahu mengenai khabar angin itu, tambah Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin lagi, dia sebenarnya sudah lali dengan gosip sebegitu.
"Sudah enam tahun kami bersama, bukan sekali dua kisah begini hadir. Jujurnya saya sudah lali.
"Sebenarnya saya tidak tahu mengenai gosip ini, biarlah suami saya buat kenyataan dahulu," katanya lagi.
Mengakui mengetahui suaminya pernah berkerjasama dengan Noni dan Lisda menganggap hubungan mereka sekadar rakan sekerja sahaja dan tidak lebih daripada itu.
"Saya tahu mereka memang bekerjasama, tetapi hairan juga bagaimana kisah ini boleh dikeluarkan.
"Saya memang malas nak melayan kisah-kisah macam ini, kecuali mereka ada bukti dan tunjukkan kepada saya mungkin saya boleh komen," katanya.
Hari ini sebuah akhbar menyiarkan berita yang mendakwa suaminya ada menjalin hubungan cinta dengan Noni.
Malah, bintang realiti AF5 yang nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin turut tampil membuat penafian dengan alasan hubungan mereka sekadar rakan artis.
sumber:Kezoom
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment