Kisah Sedih Hidup Pian Cecupak

[x]

Kisah Sedih Hidup Pian Cecupak

on Thursday 10 October 2013



Pelawak Pian Cecupak sebelum ini pernah menggemparkan industri hiburan tanah air apabila membuat pengakuan bahawa dia melakukan pembedahan serta menyuntik kolagen dan botox.
Nekad membuang semua benda yang dilakukannya itu, Pian telah terlantar koma selama dua bulan malah dirinya juga merasa sakit kesan daripada membuang suntikan yang dilakukan.

Menyesali dengan segala perbuatan yang dilakukannya sebelum ini, Pian mengambil keputusan membawa diri ke utara tanah air demi muhasabah dirinya.

“Saya akui ketika itu hanyut dengan dunia seni sehingga apa saja yang dicadangkan oleh teman saya cuba tanpa memikirkan kesannya. Sehingga pada satu hari, dua anak hasil perkahwinan dengan bekas isteri, Nuraina Fazrin, 16, dan Nurleena Fazrin, 14, menyuarkan hasrat mereka teringin melihat ayah mereka yang dulu,” katanya menerusi Harian Metro, hari ini.

Pian atau nama sebenarnya, Mohd Rafiq Abdul Rahman menyatakan anak-anaknya itu merindui keadaan fizikalnya yang dahulu dan atas sebab itu dia mengambil keputusan untuk berubah dan bermuhasabah diri demi kemahuan anak gadisnya.

Pian yang masih lagi berkecimpung dalam industri hiburan berharap masyarakat di luar sana tidak lagi mencemuh dirinya serta mengharapkan anak-anaknya tidak mengulangi kesilapan sama yang pernah dilakukannya sebelum ini.
P/s : Kita sama-sama doakan agar Abang Pian diberikan kekuatan untuk berubah ye. Amin.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved