Mata Wang Dunia Yang Pelik Dan Unik

[x]

Mata Wang Dunia Yang Pelik Dan Unik

on Tuesday, 8 October 2013


Sejarah wang merupakan suatu perjalanan cerita yang menjangkaui tempoh ribuan tahun dan pada hari ini kajian saintifik mengenai wang dan sejarahnya dipanggil ilmu numismatik.

Salah satu ciri mata wang atau duit ia mestilah sesuatu barang yang kurang penawaran atau sukar didapati. Banyak barang yang telah digunakan sebagai wang, daripada logam berharga dan cangkerang yang memang sukar dijumpai kepada rokok dan seterusnya wang yang dicipta manusia seperti wang kertas. Wang moden (dan kebanyakan wang purba juga) sebenarnya hanyalah sebagai simbol dalam erti kata lain, konsep abstrak.

Hari ini, wang kertas adalah bentuk wang yang paling lazim digunakan. Walau bagaimanapun, benda-benda lain seperti emas atau perak mengekalkan kebanyakan ciri penting sebagai wang. Berikut ini adalah sejarah dan maklumat 9 mata wang dunia yang agak pelik dan unik.

9. Wang Dari Lembaran Kayu (Jerman)




Pernah digunakan sebagai wang semasa darurat di Jerman semasa pemulihan selepas Perang Dunia I. Kerana darurat, wang dicetak juga daripada kerajang aluminium, kain sutera dan kad dari sisa-sisa perang. Pengumpul akan sanggup untuk membayar dengan harga yang tinggi untuk wang pelik ini, yang paling mahal adalah batu yang dicetak menjadi duit syiling pada masa itu.

8. Wang Dengan Ancaman Hukuman Mati (Amerika, ketika masih dijajah Inggeris)





US Dollar memang telah menjadi mata wang yang paling stabil dan dianggap sebagai safe heaven currency. Jika dilihat dari sejarahnya, mata wang ini telah banyak berpengalaman dalam memerangi para pemalsu wang. Pada masa-masa awal penjajahan Inggeris, sangatlah mudah untuk mencetak wang kerana banyak alat cetak beredar dan reka bentuk cetakan wang tidaklah terlalu rumit seperti sekarang

7. Wang Kumpulan Baucer (Vietnam)





Jika kita fikir wang yang boleh membeli segala-galanya, ia tidak. Wang Vietnam pada tahun 70-an berfungsi sebagai koleksi baucar yang hanya boleh digunakan untuk membeli pakaian dan peralatan.

6. Mata Wang Berbentuk Komoditi
Garam adalah salah satu barang tertua yang digunakan sebagai bayaran. Sebenarnya, kata "salary" (gaji) berasal dari bahasa Latin "salarium" iaitu wang yang telah dibayar kepada perajurit Rom untuk membeli garam.



Garam juga juga digunakan sebagai alat tukar (mata wang) utama di gurun Sahara selama berabad-abad lamanya, dan digunakan secara meluas di seluruh Afrika Timur. Biasanya, seseorang pada masa itu akan menjilat garam satu blok untuk memastikan garam tersebut asli dan memutuskan untuk membuat pecahan dari blok itu sebagai pecahan wang kecil.

5. Wang Pecahan Terbesar Di Dunia (Hungari)







Inilah pecahan mata wang pemegang rekod sehingga kini. Dicetak oleh Hungary pada tahun 1946 dengan nominal 100,000,000,000,000,000,000 pengo. Ya! Seratus juta trilion pengo dengan kadar ketika itu hanya sekitar 20 US cent. Ini disebabkan Hungary mengalai hyperinflasi akibat kesan dari Peperangan Dunia Kedua.

4. Modifikasi Wang Kerana Rampasan Kuasa (Zaire)

Ketika rejim Joseph Mobutu dirampas kuasa pada tahun 1997 di Zaire (yang kini bernama The Democratic Republic of the Congo) Pemerintahan yang baru ketika itu terlalu sibuk untuk merekabentuk dan mencetak wang baru kerana jumlah wang ketika itu terhad

3. Kulit Tupai Sebagai Mata Wang (Rusia)

Beberapa kurun yang lalu, kulit tupai merupakan wang yang sah digunakan di Russia. Bahkan beberapa bahagian dari tupai mati ini seperti telinga, hidung, dan kuku-kukunya berfungsi sebagai "duit baki".

2. Syiling Perak Dengan Bonus Air Suci (Kepulauan Palau)

Jika di wang kertas USD ada "In God We Trust", negara kepulauan Palau selangkah lebih maju. Negara ini pada tahun 2007 mencetak syiling perak dengan gambar perawan suci dan memasukkan bonus botol kecil mengandungi beberapa titis air suci dari sebuah mata air suci di Lourdes Perancis. Negara ini pernah juga memasukkan mutiara, bahkan batu meteor pada duit syilingnya

1. Wang Dari Batu (Pulau Yap, Kep. Solomon)

Di pulau Yap, sebuah pulau di Kepulauan Solomon, anda akan menemui "wang" terbesar dan teraneh di dunia: batu rai (semacam batu kapur). Wang ini berbentuk lingkaran dengan diameter 12 kaki dan berat 8 tan.



Tahukah anda? Penilaian nominal dari batu ini ditaksirkan bukan hanya berdasarkan saiz, tapi juga ditaksirkan berdasarkan pengorbanan menbawanya ke Pulau Yap, termasuk jumlah nyawa yang terbunuh kerana pengorbanan tersebut. Kerana bentuknya besar, wang ini dibiarkan terbaring di luar rumah pemiliknya, bahkan kadang-kadang di dalam hutan. Walaupun terbaring di mana sahaja, orang pasti mengetahui siapa pemiliknya. Apabila berlaku pertukaran pemilikan, akan dilakukan dalam upacara tertentu.
sumber: http://matai-kudasai.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved