Nabila Huda Anggap Nazim Lelaki Melayu Sejati

[x]

Nabila Huda Anggap Nazim Lelaki Melayu Sejati

on Thursday 10 October 2013

Menjadi tunjang kepada siri Sangkar di TV9 yang cukup hebat sambutannya, keserasian Nabila dan Nazim cukup dirasai dan Nabila mengakui meskipun kali pertama berpasangan dengan Nazim, dia mengakui sangat tertarik kepada pelakon tampan itu dan menyifatkan­nya sebagai lelaki Melayu sejati terakhir di matanya.

Kemesraan yang dipamerkan dua pelakon ini menggambarkan mereka seakan sudah lama akrab lantas lantas setiap ‘pose’ diberikan semuanya menjadi.

Hakikatnya, Nabila Huda dan Nazim Othman, telah pun lama berada dalam industri ini namun baru saja akrab selepas beberapa kali keluar bersama kebelakangan ini dan buat kali pertama bergandingan dalam sebuah siri.

“Sebelum ini, saya tidak pernah berlakon dengannya dan apa yang jelas tidak sukar untuk kami menjalin ‘chemistry’ memandangkan kami boleh berkongsi banyak perkara.

“Baik di set dan beberapa kali kami keluar lepak bersama, saya selesa berkawan dengannya. Saya rasa dia mempunyai ciri lelaki Melayu sejati terutama pada wajahnya,” katanya.

Sering terpalit dengan kontroversi mengenai kisah cinta yang sering putus di tengah jalan, Nabila enggan mengenang kisah lalu.

“Sudah-sudahlah dengan kisah cinta. Saya sudah bosan dikaitkan dengan cerita sedemikian dan selesa menjalani kehidupan solo di mana saya rasa lebih bebas dan tidak terseksa.

“Saya tidak mahu lagi membuang masa untuk perkara yang tidak membawa kebaikan kepada karier saya dan sekarang ini mahu berkerja keras dalam lakonan saja,” kata­nya yang pernah intim dengan pelakon Johan As’ari dan DJ Nas-T.

Sekilas mengamati pelakon jelita berkulit sawo matang ini, jelas pada riak wajahnya terserlah keletihan dan mengenali dirinya sebagai seorang yang tidak boleh duduk diam, Nabila mengakui sekarang dia jarang keluar.

Amat mengejutkan, katanya dia lebih bahagia jika berada di set penggambaran berbanding duduk di rumah tidak berbuat apa-apa, apatah lagi mahu keluar melepak, bukan lagi dirinya.

“Entah kenapa tapi saya rasa sangat puas dan tidak kisah pun berada di lokasi penggambaran sepanjang hari kebelakangan ini. Kalau duduk di rumah, rasa macam tak keruan sebab tak tahu apa nak buat.

“Sebab itulah, saya tidak kisah sibuk berlakon dan jadual saya penuh sampai Januari depan. Hampir 90 peratus masa saya dihabiskan di set,” katanya pemenang trofi Pelakon TV Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) itu.
sumber:Kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved