Noni AF5 Ada Hubungan Dengan Fauzi Nawawi?

[x]

Noni AF5 Ada Hubungan Dengan Fauzi Nawawi?

on Thursday 10 October 2013

Fauzi Nawawi telah mendidik agak ramai juga pelakon baru dalam bidang lakonan, namun baru-baru ini dia dikatakan menjalin hubungan dengan Noni AF5, atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin.

Harian Metro menerusi terbitan hari ini melaporkan yang Noni mendakwa ianya sekadar hubungan profesional.

Hubungan kami rapat atas dasar kerja dan tidak lebih daripada itu. Saya juga ‘anak diidk’ Fauzi kerana dia banyak membimbing saya dan memberi pelbagai tip dalam bidang lakonan.

Bukan saya saja, malah ramai lagi artis lain yang menimba ilmu lakonan dengannnya seperti Ika Nabella, Reen Rahim Agnes Wong dan ramai lagi, tapi mengapa saya pula yang digosipkan dengannya?

Kata Noni lagi, dia mula mengenali Fauzi ketika menyertai program Jelajah Festival Filem Malaysia tahun ini, dan pada masa itu Fauzi turut ditemani isterinya, Lisdawati. Fauzi memberitahunya yang dia ada pakej yang lengkap untuk menjadi pelakon dan menawarkan Noni untuk berlakon dalam drama arahannya.

Tambah Noni lagi Fauzi seorang yang tegas ketika bekerja kerana inginkan hasil yang terbaik untuk drama, dan Noni turut menyifatkan dirinya bertuah kerana dapat menimba ilmu melalui pelakon hebat seperti Fauzi.

Dalam pada itu, Noni juga mengakui dia turut rapat dengan Lisdawati yang dianggap seperti kakak. Dia juga berharap dirinya tidak akan dikaitkan mempunyai hubungan dengan Fauzi lagi kerana tidak mahu mengguris hati keluarganya.

Baguslah Noni kerana awal-awal menyatakan pendirian sebegini, kalau perkara tidak benar tidak ada apa yang perlu ditakutkan dan nyatakan saja ‘tidak’, bukan? Mudah saja.
sumber: Kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved