Pelajar UTeM Maut

[x]

Pelajar UTeM Maut

on Tuesday, 8 October 2013


Inalillahi wainailaihi rojiun

JASIN - Hasrat sembilan pelajar Universiti Teknikal Melaka (UTeM) untuk berkelah di air terjun Sagil, Tangkak, tidak kesampaian setelah salah seorang daripada mereka maut selepas terlibat dalamkemalangan di Kilometer 19.5 Kesang-Selandar, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, mangsa yang juga pelajar semester pertama jurusan reka bentuk pembuatan, Muhammad Haniff Arsyad Md Tahar, 19, menunggang motosikal Yamaha LCberseorangan dirempuh sebuah lori muatan kelapa sawit dari arah bertentangan.

Rakan mangsa, Mohd Hafizi Rosdi, 19, berkata, mereka berkonvoi dengan sebuah kereta dan tiga motosikal.

Menurutnya, sebelum kejadian, mereka baru 10 minit bergerak keluar dari pintu belakang Utem untuk bertemu dengan seorang lagi rakan mereka di bandar Jasin sebelum meneruskan perjalanan.

“Kebetulan hari ini kami tiada kelas dan rancang hendak ke Sagil selepas bertemu rakan di Jasin.

“Ketika kejadian saya menaiki kereta berada di depan, namun rasa tidak sedap hati bila tidak nampak Hanif dalam kumpulan konvoi kami sebelum berpatah semula dan melihat dia terbaring di tengah jalan,” katanya.

Sementara itu, Muhamad Ezmer Mohd Hasni, 19, berkata, ketika kejadian dia mengetuai perjalanan itu dengan menunggang motosikal berlainan, namun sempat menoleh motosikal Haniff yang berada jauh di belakangnya.

“Saya sempat menoleh dan melihat sebuah lori dari arah bertentangan menuruni selekoh berbukit dalam keadaan laju dan memasuki jalan bersebelahan.

“Saya nampak Haniff memperlahankan motosikalnya dan bergerak ke tepi jalan, namun nasib tidak menyebelahinya apabila motosikalnya dirempuh lori berkenaan,” katanya.

Ezmer berkata, selepas merempuh mangsa, pemandu lori terbabit melarikan diri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan, Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, siasatan awal mendapati lori yang datang dari arah Kesang ke Seladar dipercayai memasuki jalan yang dilalui mangsa sebelum berlaku pelanggaran.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Jasin untuk dibedah siasat dan usaha mengesan pemandu lori terbabit sedang giat dijalankan,” katanya.
Sumber:sinarharian.com.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved