Pengetua Madrasah Jengka Dakwa Laporan Akhbar Fitnah

[x]

Pengetua Madrasah Jengka Dakwa Laporan Akhbar Fitnah

on Tuesday, 8 October 2013

Pengetua madrasah di Felda Jengka 11 mendakwa apa yang tersiar di dalam akhbar berhubung seorang pelajar parah dirotan sebagai fitnah dan menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Pengetua madrasah terbabit ketika dihubungi pihak akhbar Sinar Harian enggan memberikan sebarang kenyataan berkaitan kejadian terbabit kerana bimbang akan mengganggu urusan siasatan polis.

Dalam pada itu, datuk mangsa pelajar terbabit terkilan apabila mendakwa pihak madrasah tidak memaklumkan lebih awal tentang keadaan cucunya.

Zainol Mat, 60 berkata, madrasah terbabit terletak hanya selang sekitar 10 buah rumah dari rumahnya, malah dia sekeluarga amat mengenali pengetua madrasah tersebut.

Menurut Zainol, dia dihubungi anaknya dari Selangor untuk mengambil cucunya yang demam di madrasah terbabit.

“Saya mengambil cucu saya dan dia tinggal bersama tiga hingga empat hari sebelum diambil ayahnya ke Selangor.

“Ketika saya mengambilnya, dia demam selain kakinya bengkak. Cucu saya beritahu dia kena bisul tanpa menceritakan perkara sebenar,” katanya.

Melihatkan keadaan kaki cucunya yang semakin teruk, dia meminta anaknya yang berada di Selangor untuk mengambil cucunya itu.
sumber: Kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved