Perpisahan Pekin Ibrahim & Uqasha Senrose Hanya Salah Faham?

[x]

Perpisahan Pekin Ibrahim & Uqasha Senrose Hanya Salah Faham?

on Friday 25 October 2013



Berpisah atau tidak? Pasti ada di antara peminat yang masih keliru dengan status percintaan Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose bukan? Apa tidaknya, sejak Pekin membuat pendedahan tentang keretakkan hubungannya dengan Uqasha, bermacam-macam versi laporan yang boleh dibaca oleh peminat, terutamanya dalam versi digital.

Baik Pekin, Uqasha mahupun Sharnaaz sudah pun mengeluarkan kenyataan masing-masing. Malah, ibu Uqasha juga ada mengulas mengenai kontoversi yang GUA rasakan tidak sepatutnya timbul itu. Setelah beria-ia menegaskan dia tidak akan berbaik semula dengan Uqasha kerana sudah menggangap tiada jodoh di antara mereka, Pekin akhirnya berubah fikiran setelah bertemu secara empat mata dengan Sharnaaz Ahmad pada Rabu.

Tidak sampai beberapa jam berita perpisahan Pekin dan Uqasha tersebar luas, pelakon 'Bunohan' ini tampil dengan kenyataan terbaru. Jelas Pekin, semua yang berlaku hanyalah salah faham dan hubungannya dengan Uqasha kini kembali seperti biasa. Sudahlah begitu, Pekin juga menunding jari kepada pihak lain yang kononnya suka mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku.

Cerita lelaki ini lagi, Uqasha bertemu dengan Sharnaaz hanya kerana ingin berbincang mengenai parti kejutan sempena ulang tahun kelahirannya pada 26 Oktober ini. Persoalannya, mengapa Pekin tidak bertindak secara bijak apabila tercetusnya konflik antara dia dan Uqasha? Mengapa harus menggunakan pihak media untuk mencari jawapan atau menghukum kekasihnya itu.



Bagi GUA, tindakan Pekin ini seolah-olah tidak matang. Seharusnya Pekin berbincang dengan Uqasha terlebih dahulu dan cuba selidiki situasi yang berlaku. Bukan membuat andaian sendiri dan seterusnya menghebohkan kepada pihak media.

Tentang Uqasha pula, pelakon sedang meningkat naik ini dilihat mengambil pendekatan lebih selamat dengan tidak mahu mengulas lanjut. Ketika dihubungi baru-baru ini, Uqasha tidak membuat sebarang pendedahan mengenai konflik yang sedang dihadapinya bersama Pekin. Malah, dia sempat menafikan hubungan mereka bermasalah.

Sementara itu, Sharnaaz Ahmad dalam satu temubual dengan sebuah portal hiburan menjelaskan dia dan Uqasha tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa, sebaliknya hanya sebagai rakan sekerja. Jelas Sharnaaz lagi, dia tidak menyalahkan Pekin kerana faham dengan situasi yang sedang dihadapi oleh lelaki itu.

Walau apa pun alasan yang diberikan oleh ketiga-tiga individu ini, hanya mereka yang tahu kedudukan sebenar.
sumber: http://www.gua.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved