Polis cari penyebar Klip Video dan gambar kes rompak di AmBank !

[x]

Polis cari penyebar Klip Video dan gambar kes rompak di AmBank !

on Sunday 27 October 2013

Polis telah mengambil keterangan dua anggotanya dari Balai Polis USJ, Subang Jaya bagi membantu siasatan berhubung penyebaran klip video rakaman kes rompak dan tembak mati seorang Pegawai Operasi AmBank di Jalan USJ Sentral 2, Rabu lalu.
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan, keterangan kedua-dua anggota itu telah dirakam bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan.
"Kita juga akan menjalankan siasatan ke atas pekerja di bank itu bagi mengesan pihak yang bertanggungjawab menyebarkan gambar mangsa mati ditembak di dalam bilik kebal," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Dalam kejadian itu, mangsa, Norazita Abu Talib, 37, ditembak di muka oleh seorang pengawal keselamatan bank yang dikenali sebagai Ardi Hamza, 37, selepas mangsa membuka pintu bilik kebal bank itu.

Dalam pada itu juga Suami Arwah Norazita menyeru sesiapa yang ada menyimpan atau memuat naik gambar ngeri arwah isteri beliau di internet di minta memadamkan nya bagi menghormati roh arwah serta keluarga nya yang kini dalam kesedihan akibat kehilangan orang yang mereka sayang .
sumber:http://brotherssam.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved