Selena Gomez pilih gaya ringkas

[x]

Selena Gomez pilih gaya ringkas

on Thursday, 3 October 2013

Penyanyi pop, Selena Gomez tampil ringkas dengan memakai jumpsut ketika menyertai rakan-rakannya makan tengah hari di pusat beli-belah Century City di sini kelmarin, lapor akhbar Daily Mail.


Walaupun hanya memakai seluar dan baju yang berwarna hitam, Selena Gomez tetap kelihatan menawan.

Namun, penyanyi berusia 21 tahun itu tetap kelihatan bergaya apabila fesyen itu dipadankan dengan cermin mata hitam, sandal dan beg tangan berjenama.

Selena baru sahaja pulang dari Dubai selepas mengadakan konsert sempena minggu muzik di sana.

Walaupun masih muda, Selena dilaporkan pandai mengimbangi kerjayanya sebagai seorang penyanyi dan juga pelakon.

Dalam pada itu, dia turut berlakon bersama Mary Louise Parker dalam filem Behaving Badly yang diadaptasi daripada novel While I’m dead…Feed the Dog.

Filem tersebut akan ditayangkan pada 7 Mac 2014. – Agensi

sumber: http://joey39.net/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved