"Seni Ini Kedukaan" - Pekin Ibrahim

[x]

"Seni Ini Kedukaan" - Pekin Ibrahim

on Friday 25 October 2013


“Seni ini kedukaan, apabila berduka kita boleh menulis dengan baik. Begitu juga dengan inspirasi untuk berkarya akan datang secara tiba-tiba, tidak kira tempat dan masa. Saya baru saja mendapat idea untuk menulis lirik dan memberikannya kepada Amir Jahari," cerita Pekin Ibrahim tentang kebolehannya menulis lirik lagu.

Lagu berjudul 'Cuma Mimpi' terhasil secara tiba-tiba ketika saya seperti sedang bermimpi dan terus mendapat inspirasi sebaik sahaja sedar dari mimpi tersebut. Lagu tersebut mengisahkan tentang manusia yang menjadi jalan hidup dan sesuatu untuk kerohanian dalam diri,” kata Pekin ketika ditemui di set penggambaran 'Cerita Sebenar Mengenai Bibah' pada Selasa.

Walaupun berkebolehan untuk menyanyikan sendiri lagu 'Cuma Mimpi' yang diciptanya itu, namun Pekin bertindak dengan memberikan lagu itu kepada Amir untuk dimuatkan dalam album kedua Amir nanti.

“Saya memberikan lagu tersebut kepada Amir kerana saya rasa lagu tersebut lebih sesuai dengan suaranya. Lenggok suaranya lebih kena dengan lagu 'Cuma Mimpi' itu. Lagu itu memang ada kena mengena dengan saya kerana saya lebih senang menulis tentang diri sendiri,” katanya.

Selain itu, jejaka yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini turut berkongsi yang dia sedang dalam proses penulisan untuk novel berjudul 'Bintang Hati'. Novel tersebut tersebut dijangka akan dilancarkan bulan Februari tahun hadapan.

“Buku kedua ini mengisahkan tentang cinta dan sudah hampir 70 peratus siap. Malah saya bakal mengarah sebuah filem berjudul sama, yang mana skripnya ditulis oleh saya sendiri,” ujar Pekin.
sumber: http://www.gua.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved