Foto: Google
Madinah: “Allahu Akbar… saya boleh melihat semula,” jerit seorang jemaah dari dalam Masjid Nabawi di sini beberapa hari lalu.
Apabila jemaah lain mengelilinginya, dia memberitahu mereka sambil menangis gembira, penglihatannya tiba-tiba pulih selepas buta sejak lebih tujuh tahun lalu.
Fatima al-Mahi yang berusia lewat 60-an berkata, dia hilang penglihatan tujuh tahun lalu dan meskipun menjalani beberapa pembedahan, semuanya gagal untuk membantunya melihat semula.
Fatima tidak menjelaskan bagaimana dia buta tetapi ternyata kelihatan amat bersyukur kepada Allah kerana membenarkan dia melihat semula.
“Saya berdoa bersungguh-sungguh dan ikhlas di Masjid Nabawi, memohon kepada Allah supaya saya dapat melihat. Sebaik habis berdoa, saya mula melihat cahaya. Saya toleh ke kiri dan kanan dan dapat melihat masjid ini dengan jelas. Saya tidak dapat hendak menggambarkan kegembiraan saya apabila melihat anak saya yang mengiringi saya,” katanya.
Fatima berkata, dia kini dapat melihat semula wajahnya sendiri.
“Saya juga melihat anak lelaki saya yang turut menangis kerana gembira. Saya melihat jemaah Sudan lain dalam kumpulan kami. Kini saya dapat berjalan tanpa dibantu, seperti dulu,” kata wanita itu. - Agensi
sumber: MyMetro
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment