Shah Rukh Khan ciplak JK Rowling

[x]

Shah Rukh Khan ciplak JK Rowling

on Thursday 10 October 2013


Segala-gala mengenai Shah Rukh Khan (SRK) sememangnya hebat-hebat belaka. Kerjaya seninya amat cemerlang hingga namanya disanjung di pentas antarabangsa. Bukan saja SRK, isterinya, Gauri Khan yang dikahwini pada 1991 turut dikagumi. Pasangan suami isteri itu amat berpengaruh di Bollywood.

Pada 2008, Gauri pernah menghiasi muka depan majalah Vogue edisi India dan pengarangnya, Priya Tanna menggelar Gauri sebagai First Lady of Bollywood.

Namun hakikatnya setinggi mana pun nama SRK dijulang dan dipuja dia tetap manusia biasa.

Baru-baru ini superstar itu dijemput membuat ucapan pada majlis All India Management Association (AIMA). Menurut sumber, hadirin kagum dengan ucapan SRK kerana setiap patah perkataan daripada mulutnya adalah kata-kata yang hebat dan bersemangat.

Bagaimanapun, sebaik saja selesai memberi ucapan, ada dalam kalangan jemputan berbisik sesama sendiri mendakwa kata-kata hikmat daripada SRK itu bukan datang daripadanya sendiri tetapi dia mengambil kata-kata hebat itu daripada beberapa orang tokoh negarawan ulung di dunia.

“Perkara seperti itu biasa dibuat bagi kebanyakan mereka yang dijemput memberikan ucapan, tetapi mereka selalunya akan beritahu kata-kata hikmat itu milik siapa. Tak salah kita meminjam petikan kata atau ucapan daripada mereka yang hebat di dunia tetapi janganlah mengaku ia ciptaan sendiri,” kata sumber itu.

Dalam ucapannya, SRK bercakap mengenai pendidikan, kejayaan, kegagalan dan kemiskinan. Topik sama dan kata-kata yang lebih kurang sama pernah diucapkan oleh pengarang buku terkenal British, JK Rowling.

Kata sumber itu lagi, mereka percaya SRK memetik ucapan yang pernah disampaikan oleh jutawan novel itu pada 2008.

Barangkali SRK fikir jemputan pada majlis itu tidak pernah tahu dan tidak pernah dengar ucapan yang disampaikan oleh JK Rowling atau mungkin juga dia terlupa dengan teknologi sekarang tidak sukar untuk membongkar sejarah dunia.

Inikan pula peristiwa yang berlaku pada 2008. Masih terlalu baru!
sumber: http://www.hmetro.com.my/

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved