Slipped Disc - Sabhi Sadhi Terlantar di Wad

[x]

Slipped Disc - Sabhi Sadhi Terlantar di Wad

on Sunday, 13 October 2013

Penyanyi Sabhi Sadhi dilaporkan kini terlantar sakit di sebuah hospital dek kerana penyakit 'slipped disc' yang dihidapinya.


Menurut kata isteri Sabhi Sadhi, Wani, penyakit yang dihidapi suaminya itu sudah agak lama, namun tidaklah begitu serius sehinggalah baru-baru ini Sabhi terjatuh ketika bermain bola dan badminton.

"Ada sahabat yang menasihatkan agar Sabhi berubat dengan kaedah alternatif (perubatan cina) dan selepas melakukanya, keadaanya semakin serius sehingga tidak boleh berjalan dan duduk dengan baik.

"Sekarang ini suami saya perlu berjalan menggunakan tongkat dan jika tiada perubahan mungkin dia saya perlu menjalani pembedahan," ujarnya kepada Media Hiburan Online.

Marilah kita sama-sama doakan agar Sabhi Sadhi segera sembuh dan dapat berjalan seperti biasa.
sumber: Kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved