Uqasha Senrose Curang, Pekin Mahu Putus Tunang?

[x]

Uqasha Senrose Curang, Pekin Mahu Putus Tunang?

on Wednesday 23 October 2013

Menurut sumber terdekat, sadis juga bila terbaca kisah Uqasha dan Pekin yang hanya selangkah lagi menuju ke satu ikatan perkahwinan namun dek kerana (gosip) kehadiran orang ketiga difahamkan Pekin tekad untuk memutuskan pertunangan mereka.


Menurut sebuah portal, segalanya berpunca dari Uqasha Senrose sendiri yang telah menjalinkan cinta lokasi dengan seorang pelakon lelaki lain yang menjayakan sebuah drama dengannya.

Bagaimanapun butiran tentang hubungan sulit Uqasha Senrose dan pelakon lelaki itu katanya berlangsung sehingga sampai ke pengetahuan Pekin Ibrahim dan juga ibu bapa mereka dirahsiakan untuk mengelak tanggapan lebih buruk.

Menambahkan lagi parahnya tentang kisah Pekin dan Uqasha ini, katanya ini bukanlah kali pertama Uqasha Senrose terlibat berhubungan dengan lelaki lain tetapi sebelum ini Pekin Ibrahim banyak mengambil pendekatan memaafkan kesilapan kekasihnya itu demi menjaga hubungan yang telah dibina bersama.

Namun kali ini, kesabaran Pekin Ibrahim memang diuji dan beliau khabarnya tidak mahu lagi memaafkan Uqasha Senrose atas ketelanjuran mengkhianati cinta mereka.

Mungkin memang tiada jodoh antara mereka berdua walaupun Pekin Ibrahim sebelum ini tampak bersungguh sungguh untuk mengahwini Uqasha Senrose.
sumber: Kezoom




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved