Uqasha Senrose Nafi Hubungan Ada Masalah

[x]

Uqasha Senrose Nafi Hubungan Ada Masalah

on Wednesday 23 October 2013


Beberapa blog hiburan hari ini ada melaporkan tentang percintaan Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose yang bermasalah kerana kehadiran orang ketiga. Biarpun berita ini didakwa disampaikan oleh sumber terdekat dengan pasangan ini, namun agak menghairankan kerana GUA sempat menghubungi Uqasha pada petang Selasa untuk mengetahui tentang perancangan perkahwinannya bersama Pekin.

Dalam temubual telefon singkat itu, Uqasha ada memberitahu dia dan Pekin masih belum membuat sebarang persiapan. Malah, Uqasha juga ada meminta GUA menghubungi Pekin sendiri untuk mengulas lanjut tentang perkahwinan mereka. Jelas Uqasha, adalah lebih baik pihak lelaki yang memberikan komen.

"Buat masa ini saya dan Pekin belum lagi berbincang atau membuat sebarang persiapan kahwin. Rasanya lebih baik kalau hubungi Pekin sendiri untuk mengulas lanjut. Lebih baik pihak lelaki yang komen," ujar Uqasha ringkas.

Ketika ditanya sama ada hubungannya bermasalah, Uqasha menafikan perkara tersebut. Jelas pemilik nama Nik Zaris Uqasha Senrose ini, hubungannya dengan Pekin masih seperti biasa.

"Tak ada sebarang masalah pun. Saya dengan dia macam biasa sahaja," ulasnya ringkas.

Uqasha dan Pekin belum melangsungkan pertunangan, sebaliknya Pekin ada menghantar pihak keluarganya berjumpa keluarga Uqasha untuk merisik baru-baru ini.
sumber: http://www.gua.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved