Wanita Orang Asli Mexico Lahirkan Anak Di Taman

[x]

Wanita Orang Asli Mexico Lahirkan Anak Di Taman

on Wednesday 9 October 2013

Seorang wanita Orang Asli di Mexico telah mengejutkan ramai orang apabila beliau melahirkan anak seorang diri di sebuah taman dekat luar sebuah klinik umum di Oaxaca, Mexico.

Laporan mengenai wanita daripada suku Orang Asli itu mencetuskan kemarahan di media sosial.

Menerusi gambar yang diterbitkan di akhbar dan media sosial itu menunjukkan keadaan Irma Lopez, 28, berlutut sambil menangis di taman bersama seorang bayi yang masih bertali pusat di luar pusat kesihatan awam di Oaxaca.

Kejadian berkenaan telah mencetuskan kemarahan rakyat di rangkaian laman media sosial.

Mereka mengecam perkhidmatan pusat kesihatan yang tidak berkualiti dan melakukan diskriminasi terhadap Orang Asli di negara itu. – Agensi
sumber:Kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved