Anak Retak Kepala, Anita Trauma Dengan ‘Maid’

[x]

Anak Retak Kepala, Anita Trauma Dengan ‘Maid’

on Wednesday 20 November 2013


Sejak sudah berkeluarga dan memiliki cahaya mata kelibat pelakon yang pernah popular menerusi drama bersiri ‘Dunia Baru’, Anita Baharom dikaca tv kini sudah semakin kurang kelihatan. Bahkan terdapat ura-ura yang mengatakan Anita nekad untuk tidak berlakon lagi untuk memberi tumpuan kepada keluarganya.

Bagaimanapun beliau yang kami temui di Jelajah ASK 2013 di Ecurve pantas menidakkan khabar angin tersebut. Jelas Anita dia masih sayang lagi kepada bidang lakonan dan akan berlakon jika mempunyai masa yang sesuai

“Sebenarnya tak ada niat lagi saya untuk berhenti berlakon, cuma saya akui sekarang ni saya kurang muncul dalam mana-mana drama. Bukan sebab tak ada tawaran berlakon, ada tu ada tapi saya terpaksa tolak sebab perlu utamakan keluarga saya terutamanya anak-anak yang masih kecil. Lagipun kalau saya ambil sebarang tawaran lakonan nanti takut tak ada orang yang boleh jaga anak saya”

Apabila ditanya kenapa tidak mengambil pembantu rumah ataupun pengasuh untuk memudahkan urusan dalam penjagaan anaknya, Anita nyata tidak berapa setuju dengan perkara tersebut sambil mengakui sudah trauma untuk mengambil mana-mana pembantu rumah warga asing.

“Sebelum ni saya dah bertukar ganti hampir 4 orang pembantu rumah, keempat empat tu memang datangkan masalah. Yang paling saya tak boleh terima apabila anak saya yang dibawah jagaan pembantu rumah retak kepala sebab jatuh. Tapi mujurlah doktor kata tidak ada apa-apa kesan dalaman yang merbahaya. Pengasuh yang jaga anak saya tu pun dah lari sebab takut.

“Ada juga yang lari sempat curi hp dengan duit sebab tu la saya agak trauma nak ambil lagi orang luar. Biarlah saya yang uruskan anak-anak. Sebab tu kalau ada tawaran tidak semua yang saya akan terima. Lagipun suami saya tidak galakkan saya untuk berhenti berlakon” Jelas Anita 
sumber: http://syokbah.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved