Aznil, Nabil pengacara AIM 20

[x]

Aznil, Nabil pengacara AIM 20

on Wednesday, 20 November 2013


Pengacara nombor satu negara, Datuk Aznil Nawawi bakal bergandingan dengan pelakon dan pelawak hebat, Ahmad Nabil Ahmad untuk menerajui pentas pengacara dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-20 pada 14 Disember depan di Stadium Putra Bukit Jalil.

Pada tahun ini, AIM dengan tema Meraikan Kemuncak Segalanya dan tema pakaian Elegance Black Tie akan disiarkan bermula pukul 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Maya HD (saluran 135).

Majlis akan bermula dengan acara Karpet Glamor yang disiarkan pada pukul 8.30 malam kendalian Hefny Sahad dan Dahlia Shazwan.

Sementara itu, antara barisan artis yang akan membuat persembahan adalah Datuk Siti Nurhaliza, Hafiz, Shila Amzah, Najwa Latif, Spider, Ning Baizura, DJ Fuzz, Waris, Aizat dan kehadiran dua penyanyi Indonesia, Datuk Rossa serta Afgan pasti akan menghiburkan penonton.

AIM 20 turut diserikan dengan barisan penyampai antaranya Adi Putera, Nabila Huda, Erra Fazira, Datuk M. Nasir, Amy Search dan ramai lagi.

Sebanyak 17 kategori akan dipertandingkan. 
sumber: UTUSAN ONLINE

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved