Bintang K-pop kagumi Nora Danish

[x]

Bintang K-pop kagumi Nora Danish

on Thursday 7 November 2013

Hari atau nama sebenarnya, Jeong SungKyung.

Penyanyi Gwiyomi cetus fenomena dengan aksi comel dalam klip video, sedia beraksi dengan pelakon Bencinta

Single Gwiyomi dendangan bintang Kpop, Hari mencetuskan fenomena di seluruh dunia sejak mula dilancarkan, Februari lalu.

Aksi comel Hari atau nama sebenarnya, Jeong SungKyung dalam klip video itu pantas menjadi viral dan ikutan ramai peminat termasuk selebriti tempatan.

Dalam ratusan klip video parodi yang dihasilkan peminat di Malaysia, rupa-rupanya Hari ‘terpikat’ dengan aksi Nora Danish, 31. Pelakon jelita ini, baru-baru ini, berkongsi gaya Gwiyominya dengan peminat melalui media sosial termasuk laman YouTube.

Ketika bertandang ke Kuala Lumpur, Isnin lalu, Hari mengakui terpegun dengan aksi Gwiyomi yang dipersembahkan Nora. Malah, Hari menganggap Nora sangat jelita dan aksinya menyentuh hati. Ikuti temubual HIP bersama Hari:

HIP: Banyak reaksi diterima mengenai Gwiyomi - ada yang suka dan tidak kurang yang mengkritik. Ramai bertanya bagaimana anda melakukannya hingga single itu bagai menjadi virus?

Hari: Saya sudah menonton semua video klip Gwiyomi yang dimuat naik peminat Malaysia. Antara semua klip ideo parodi itu, saya sangat suka pelakon jelita, Nora Danish kerana gayanya sangat cantik. Aksi Nora sangat menyentuh hati ketika melakukan

Gwiyomi. Aksi Gwiyomi cukup sinonim di Korea. Sebelum lagu ini dihasilkan, saya cipta (gerakan tangan) dengan asas Gwiyomi saya sendiri.
sumber:http://www.bharian.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved