Susulan popularati yang dijana baru-baru ini, David Teo, boss besar Metrowealth berkata bahawa pihaknya bercadang untuk memfilemkan mengenai villa misteri ini. Kejayaan filem Highland Tower yang mengutip lebih daripada RM3 juta meyakinkan lagi David Teo untuk mengulangi kejayaan yang serupa menerusi filem Villa Nabila. Kata David Teo:-
Bagi Abang Nara, David Teo memang bijak orangnya. Inilah cara orang berniaga berfikir. Mana yang boleh datangkan keuntungan, perlu digunakan secepat mungkin. Lagipun mana tahu melalui filem Villa Nabila kelak, segala misteri mengenai tempat itu akan terbongkar. Diharap para pelakon dan pengarah jangan lupa baca ayat pendinding. Takut-takut nanti masuk Villa Nabila tak jumpa jalan keluar pulak.
Bukan bermakna saya percaya benda tahyul. Macam Highland Tower, kita lakukan penyelidikan dulu sebelum ke lokasi. Tambahan pula tempat itu ada kisah tersendiri untuk diketengahkan apatah lagi banyak versi yang ditokok tambah hingga ramai ingin tahu cerita sebenar.
Namun projek Villa Nabila ini masih dalam perancangan kerana ada beberapa lokasi lain yang sesuai dijadikan sandaran filem dokumentasi ala Highland Tower. Kita tengok dulu kesesuaian dan dan persetujuan individu yang bakal dipertanggungjawabkan sebagai pengarah projek ini.
Bagi Abang Nara, David Teo memang bijak orangnya. Inilah cara orang berniaga berfikir. Mana yang boleh datangkan keuntungan, perlu digunakan secepat mungkin. Lagipun mana tahu melalui filem Villa Nabila kelak, segala misteri mengenai tempat itu akan terbongkar. Diharap para pelakon dan pengarah jangan lupa baca ayat pendinding. Takut-takut nanti masuk Villa Nabila tak jumpa jalan keluar pulak.
sumber: http://beautifulnara.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment