Fahrin Ahmad Tak Mahu Dekati Wanita

[x]

Fahrin Ahmad Tak Mahu Dekati Wanita

on Thursday 7 November 2013


Pelakon Fahrin Ahmad, 34, mengakui dia kini tidak mahu mendekati mana-mana wanita. Kata Fahrin, dia kini lebih tahu menghargai diri sendiri sebelum terlalu berkorban untuk orang lain.

“Saya sekarang lebih pandai menyayangi diri sendiri. Bagi saya, jangan terlalu memberi dan berkorban untuk orang lain tanpa asas,” katanya yang tidak kisah jika ada wanita yang mengambil langkah pertama untuk memulakan perhubungan.

“Selepas apa yang jadi sebelum ni, saya dah tak mahu mendekati wanita dan berterus-terang jika saya suka dia. Kalau saya suka pun, saya akan buat macam biasa. Tapi jika ada yang betul-betul ikhlas berkawan dengan saya dan membuat langkah pertama, saya terbuka,” jelas Fahrin.

Tambah Fahrin, dia mahu wanita yang bakal mendampinginya nanti menganggap dia sebagai orang biasa dan bukannya sebagai seorang selebriti.

“Pernah terjadi apabila wanita yang saya berminat untuk kenal lebih rapat seperti terlalu teruja bahawa Fahrin Ahmad yang ingin mengenali dia. Saya nak wanita itu buat macam saya ni orang biasa saja,” kongsi Fahrin dengan harapan dapat mendirikan rumah tangga secepat yang diizinkan Allah.

“Saya memang sangat bahagia dengan hidup saya sekarang. Tapi jujur, saya merasa ada sesuatu yang tak lengkap. Saya rasa kosong,” katanya.

Selebriti Red Ribbon

Dalam perkembangan lain, Fahrin yang merupakan salah seorang selebriti untuk Red Ribbon Celebrity Supporter Programme anjuran Majlis AIDS Malaysia (MAC) berkongsi pengalamannya bermesra dengan penghidap HIV positif.

Jelas Fahrin, dia pernah berkongsi gelas minuman dengan penghidap HIV positif bagi membuktikan stigma masyarakat tentang AIDS boleh berjangkit menerusi perkongsian makanan dan minuman adalah salah.

“Perkara itu berlaku secara spontan. Bila saya buat begitu, semua yang berada di situ terkejut termasuk penghidap HIV itu sendiri. Saya hanya ingin buktikan apa yang saya ucap dalam ceramah mengenai HIV bukan sekadar kata-kata kosong,” ujar Fahrin.
sumber: http://www.gua.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved