Farah Simpan Baju & Cincin Shahz Jaszle

[x]

Farah Simpan Baju & Cincin Shahz Jaszle

on Sunday 24 November 2013

Bipop hari ini menerusi Zubir dilihat tertarik mengulas kisah selebriti yang telah didakwa di mahkamah kerana kes khalwat, Shahz Jaszle dan Farah Nurizzati Salleh.

Farah yang telah mengaku salah di Mahkamah Rendah Syariah, Petaling Jaya tempoh hari telah membayar RM3,000 sebagai denda kerana pengakuannya itu. Sebaliknya pula bagi aktor Shah Jaszle yang enggan mengaku salah dan dikenakan RM1,500 untuk ikat jamin manakala kesnya akan disebut semula pada 21 Januari depan.

Menyingkap fakta kes mereka, Pegawai Pendakwa Syarie Shafezan Rusli berkata, pemeriksaan dua dari tiga bilik pangsapuri itu mendapati ia tertutup dan seelpas lima minit diketuk barulah pintu dibuka dengan Farah didapati berbaju singlet tanpa lengan dan berseluar pendek warna ungu paras peha manakala Shahz Jaszle pula sedang berbaring atas katil sambil berselimut dengan hanya seluar pendek kelabu tanpa baju.

Hasil siasatan pihak Jais mendapati kedua-duanya tiada ikatan yang sah sebagai suami isteri ataupun mahram yang sah.

Dalam pada itu, satu maklum balas dari Farah bersama Zubir menerusi WhatsApp,

"Farah dah mengaku bersalah. Semua fakta dah dibaca. Barang-barang Shahz seperti cincin, baju, yang ada pada Farah, Farah nak buang saja. Farah boleh beri barang-barang Shaz pada abang Zubir, tapi sorry Farah tak nak komen apa-apa, Farah minta maaf, ini keputusan keluarga"

Namun menurut Zubir, sehari kemudian Farah memberitahunya barang-barang Shaz Jaszle tersebut tidak boleh diberi kerana kes Shaz masih di mahkamah. Menurutnya ada pihak tertentu yang mahu menggunakan barang tersebut sebagai bukti.

Farah yang dibuang kerja 24 jam ekoran krisis tersebut dilaporkan telah mendapat kerja baru. Beliau juga dikatakan telah penat melayan kes ini dan mahu memulakan hidup baru.
sumber:Kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved