GEMPAR!!! Penjual Kuih Maut Ditikam Bertubi-tubi

[x]

GEMPAR!!! Penjual Kuih Maut Ditikam Bertubi-tubi

on Sunday 24 November 2013



PASIR PUTEH: Seorang penjual kuih maut selepas ditikam bertubi-tubi oleh seorang lelaki dikenalinya menggunakan senjata tajam di rusuk kiri dan dari pinggang sehingga kaki dalam kejadian di Kampung Nara, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa, Mohd Azizi Abdul Razak, 48, disahkan meninggal dunia di Hospital Tengku Anis, di sini.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal berkata, siasatan awal mendapati perasaan cemburu membabitkan seorang wanita dipercayai menjadi motif suspek menikam mangsa.

Bagaimanapun, katanya, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan suspek dan senjata yang digunakan.

"Mangsa pada mulanya berkunjung ke rumah rakan suspek dan meletakkan kereta di hadapan rumah. Suspek yang berada di rumah itu bersama seorang lagi rakannya kemudian berjumpa mangsa di luar rumah.

"Rakan suspek yang juga saksi kejadian keluar dalam tempoh 15 minit untuk membeli kad pra bayar sebelum pulang semula ke rumahnya dan mendapati suspek bertengkar dengan mangsa di dalam kereta. Suspek kemudian menikam mangsa di rusuk kiri menyebabkan mangsa keluar dari kereta dan jatuh terlentang sebelum suspek menikam mangsa berkali-kali dari pinggang sehingga kaki," katanya.

Menurutnya, suspek melarikan diri dengan membonceng motosikal rakan yang berada bersamanya.

"Kita sudah mengenalpasti suspek. Suspek berusia 38 tahun dari Kampung Nara dan sedang diburu," katanya. 
sumber: myMetro.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved