Antara babak filem seram, Highland Tower.
Penerbit MIG Pictures, David Teo, berkata pihaknya sendiri terkejut dengan maklum balas ramai memandangkan pada peringkat permulaan, pempamer seakan kurang percaya filem seram dengan konsep baru itu diterima ramai.
“Berbeza filem kami yang lain, Highland Tower hanya dibuka di 49 pawagam dengan purata lima tayangan sehari.
Nampaknya walaupun bersaing dengan filem blockbuster seperti Thor yang mempunyai 30 tayangan sehari, filem ini tetap menarik penonton malah ramai mengeluh kehabisan tiket.
“Kalau ikutkan jumlah kutipan, ia sepatutnya lebih daripada itu. Di Brunei, pempamer terpaksa memulangkan tiket untuk dua tayangan kerana penonton histeria. Setakat ini kami menerima hampir 10 laporan mengatakan ada penonton meracau ketika menonton Highland Tower. Apa pun kejadian ini bukan halangan untuk penonton,” katanya.
sumber: http://www.bharian.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment