Isu tatu di tangan suami, Nadiya Nisaa beri amaran keras

[x]

Isu tatu di tangan suami, Nadiya Nisaa beri amaran keras

on Monday, 18 November 2013



 Penyebaran sekeping gambar suami pelakon Nadiya Nisaa yang menunjukkan tatu pada kedua belah tangannya menjadi perhatian peminat dan media hiburan minggu lalu.
Ekoran itu, wartawan popular Berita Harian, Zubir Mohd Yunus yang turut tidak ketinggalan menulis cerita tentang gambar yang tersebar cuba mendapatkan penjelasan lebih lanjut dari Nadiya namun pelakon itu enggan memberikan sebarang komen.

“Saya tak mahu komen mengenai gambar itu. Saya juga tidak mahu berikan sebarang kenyataan berhubung perkara berkenaan. Saya tidak mahu sebarang kenyataan daripada saya boleh mengguris hati dan perasaan banyak pihak, lebih lebih lagi keluarga mentua.”

“Lagipun apa yang mejadi pertikaian sekarang ialah suami, bukan diri saya. Hubungan saya dan suami elok, saya tak mahu timbul sebarang isu gara gara gosip yang diperkatakan ketika ini.”

“Saya harap perkara ini tidak berpanjangan. Yang berlakon, yang bergelar artis adalah diri saya, bukannya suami saya. Saya tak mahu gosip seumpama ini boleh mengeruhkan keadaan kami sekeluarga.”

sumber: http://plbgaimacam.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved