Katy Perry Pengguna Twitter Paling Terkenal Di Dunia

[x]

Katy Perry Pengguna Twitter Paling Terkenal Di Dunia

on Thursday 7 November 2013

Katy Perry kini pengguna Twitter paling terkenal di dunia, menyingkirkan Justin Bieber sebagai akaun paling popular di laman sosial itu.

Perry kini mempunyai pengikut berjumlah lebih 46.5 juta di Twitter berbanding Bieber dengan 46.49 juta yang memegang gelaran sebagai pengguna paling ramai pengikut sejak sembilan bulan lalu.

Album baru Perry bertajuk Prism dipercayai sebab utama melonjakkan kedudukan penyanyi bersuara lantang itu.

Ahli muzik kekal pengguna paling terkenal di Twitter dengan menguasai kedudukan empat daripada lima akaun paling popular.

Lady Gaga yang sebelum ini menguasai tempat pertama selama tiga tahun kini berada pada kedudukan ketiga dengan 40.4 juta pengikut sehingga diambil alih Bieber, Januari lalu.

Taylor Swift dengan 36.25 juta pengikut berada di tempat kelima manakala Presiden Amerika Barack Obama merupakan satu-satunya bukan penyanyi pada tempat keempat dengan 39.27 juta pengikut.

Keadaan itu jauh berbeza dengan 2009 apabila Britney Spears, pelakon Ashton Kutcher dan CNN berebut gelaran raja Twitter dengan lebih sejuta pengikut. Gelaran itu akhirnya ‘dimenangi’ Kutcher. -AFP
sumber: http://mygosiphub.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved