PAHANG melakar sejarah apabila dinobatkan juara Piala Malaysia 2013 menundukkan pasukan Kelantan di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Gol tunggal dijaringkan oleh Matias Ruben Conti pada separuh masa kedua kekal sehingga ke akhir perlawanan menjadikan keputusan 1-0.
Sementara itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa bangga dengan kejayaan Pahang menjuarai Piala Malaysia 2013.
"Saya bangga dengan juara Piala Malaysia 2013, Pahang. Penantian 21 tahun berakhir malam ini," kata Najib menerusi tweet terbaharunya sejurus selepas perlawanan akhir Piala Malaysia 2013 Pahang menentang Kelantan di Stadium Shah Alam.
Najib, yang berasal dari Pahang, adalah Anggota Parlimen Pekan.Dalam tweet yang sama, Najib turut mengucapkan syabas kepada pasukan Kelantan."Cuba lagi tahun depan," katanya.

sumber: http://www.utaranews.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment