Kemalangan Rahim & Jep Sepahtu Jadi Bahan Lawak

[x]

Kemalangan Rahim & Jep Sepahtu Jadi Bahan Lawak

on Saturday 23 November 2013

Kemalangan jalan raya yang sepatutnya mengundang trauma dan kesedihan kepada pelawak Rahim Raja Lawak 2 bertukar sebaliknya apabila ia menjadi bahan gurauan dalam kalangan beberapa rakan pelawak.

Rahim atau nama sebenar Rahim Mat Ali, 43, berkata, gurauan itu timbul kerana kemalangan itu berlaku dalam keadaan melucukan.

“Patutnya bila benda ini (kemalangan) terjadi kita kena sedih, tapi ia jadi gurauan dan bahan jenaka dalam kalangan kawan pula.

“Ia jadi lawak sebab saya melanggar belakang kereta seorang kawan yang menolong saya menunjukkan jalan keluar pulang ke rumah.

“Tindakan saya itu dipersendakan kawan pelawak seolah-olah tidak berterima kasih dengan pertolongan kawan yang tunjukkan jalan itu,” katanya.

Pada insiden sekitar jam 2.30 pagi kelmarin di kawasan Putrajaya, kereta Proton Exora dipandu Rahim merempuh kereta rakannya dari arah belakang kerana tidak sempat menekan brek di lampu isyarat.

Kejadian berlaku ketika Rahim yang memandu sendirian selepas bermain sepak takraw di rumah penyanyi Asmawi Ani atau Mawi di Bangi. Turut kelihatan didalam gambar selepas kemalangan berlaku ialah Jep Sepah.

#Orppsss....ada hantu ke kat situ???? Mana...mana....iskk...banyak sgt tengok citer hantu la derang nih!!!!!
sumber: Kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved