Kikis tulang muka untuk kelihatan cantik

[x]

Kikis tulang muka untuk kelihatan cantik

on Thursday 7 November 2013

Taipei: Seorang wanita berusia 26 tahun dilaporkan mengikis struktur tulang wajahnya selepas tidak tahan diberi jolokan ‘wajah lempeng’.

Menurut laporan Asiaone, wajah wanita itu bengkak seperti belon selepas pembedahan dilakukan, namun menjadi semakin normal selepas 45 hari.

Wajah ‘barunya’ nampak lebih tirus hasil pembedahan itu.

Wanita berkenaan bagaimanapun menasihatkan wanita lain supaya tidak keterlaluan semata-mata kerana ingin cantik.
Doktor yang bertanggungjawab menjalankan pembedahan berkenaan berkata ia lebih rumit berbanding prosedur lain kerana risiko dihadapi lebih tinggi.

Menurut doktor terbabit, kesilapan kecil mampu mengakibatkan wanita berkenaan lumpuh dagunya, malah boleh merosakkan bahagian bibir bawahnya. - Agensi
sumber: http://www.hmetro.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved