Pelik - Artis Ini Tidur Sambil Mata Terbuka

[x]

Pelik - Artis Ini Tidur Sambil Mata Terbuka

on Friday 8 November 2013



 Katherine Jenkins, seorang penyanyi opera mengungkap kebiasaan uniknya, iaitu tidur dengan mata terbuka. Katherine adalah salah seorang yang mempunyai kelainan dalam dunia perubatan bernama Nocturnal Lagophthalmos. Ketika tidur, Katherine tak boleh menutup matanya secara sempurna, seperti orang biasa.

Katherine adalah salah satu daripada 10 peratus penduduk dunia yang mempunyai kelainan ini. Dia mengaku tak boleh menutup matanya ketika tidur sejak dia masih kecil.

"Mataku tidak boleh menutup sepenuhnya, sekurang-kurangnya mataku hanya menutup setengah. Ketika aku tertidur, aku kelihatan seperti masih terjaga. Aku juga jarang sekali bermimpi," ungkapnya.

Katherine juga menjelaskan bahawa ibunya sering bertanya apakah dia sedang tertidur atau terbangun. Kerana kelainan yang dimilikinya, bahkan orang di sekitarnya juga tak boleh membezakan ketika artis ini sedang terjaga atau tertidur.

Hingga kini Nocturnal Lagophthalmos masih belum banyak diketahui. Tak jelas apakah kelainan ini merupakan jangkitan, kelainan genetik, trauma, atau akibat dari penyakit stroke.

Orang yang terkena kelainan ini biasanya lebih mudah mengalami rabun dan jangkitan mata. Pekara ini kerana mata mereka lebih jarang terkena cecair semulajadi mata, sehingga bakteria dan debu lebih mudah melekat pada bola mata mereka.
sumber: http://www.tawaunetwork.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved