Antara yang jadi pertikaian peminat ialah isu pembelian banglo berharga RM7.2 juta oleh Nedim dan juga percutian mereka di London.
“Nedim yang banyak menasihati dan menyabarkan saya apabila ada isu timbul. Dia menjelaskan supaya tidak terlalu ambil pusing dan memikirkannya. Kalau hendak diikutkan, dia yang seharusnya berasa gusar tetapi dia tidak pernah mempedulikannya.
“Lagipun Nedim sendiri tidak mempunyai kepentingan tertentu sehingga harus berasa bimbang dengan kecaman dan dakwaan dibuat. Dia juga tidak membabitkan diri dalam dunia politik dan tidak pernah mempunyai impian mengikut jejak langkah bapanya,” katanya.
Selain itu, Nora turut menegaskan, Nedim sendiri memberikan kenyataan bahawa rumah yang dibeli berharga RM7.2 juta itu bukan untuk Nora tetapi dihadiahkan buat ibu tersayang.
“Orang menuduh saya memilih kawan dan hanya akan dekat dengan lelaki kaya dan mempunyai kedudukan seperti Nedim. Dakwaan seperti itu bukan baru dikaitkan dengan diri saya, malah sebelum ini pun sewaktu berkahwin dengan Jejai (Rizal Ashram Ramli, anak bekas Menteri Besar Perak), orang turut mengata perkara sama.
“Masalahnya, bukan saya minta atau terhegeh-hegeh mencari. Sebaliknya ini semua sudah ditentukan. Lagipun saya dan Nedim masih lagi di peringkat mengenali hati budi masing-masing.
“Kalau hendak kata saya berkawan dengan Nedim kerana duit dan hartanya, saya juga punya duit. Saya bekerja dan boleh cari duit sendiri. Saya tidak mengharapkan duit lelaki. Tetapi ini soal hati dan perasaan, andai ia sudah ditakdirkan kita tidak boleh menolaknya,” katanya.
Nora Danish juga mempertahankan Nedim apabila ada yang melahirkan kebimbangan apabila dia berkawan dengan bapa tunggal itu yang disifatkan sebagai samseng dan liar.
“Saya sudah lama berkawan dengan Nedim dan saya kenal sifat kebaikan yang ada dalam dirinya. Orang menilai dirinya dari sudut luar tetapi orang tidak pernah tahu apa yang dilakukan sebelum ini. “Mereka tidak tahu Nedim selalu membuat kebajikan dan menderma kepada mereka yang memerlukan. Cuma dia tidak pernah suka pukul canang apabila membuat kebajikan.
“Orang tidak tahu pun sifat baik yang ada dalam dirinya. Dakwaan dibuat itu pula hanya berdasarkan khabar angin sedangkan mereka tidak pernah mengenali Nedim dengan lebih dekat,” kata Nora Danish lagi.
sumber: Kezoom
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment