Saya Ingin Betulkan Persepsi Kolot Sesetengah Orang – Marsha Milan Londoh

[x]

Saya Ingin Betulkan Persepsi Kolot Sesetengah Orang – Marsha Milan Londoh

on Monday, 18 November 2013

Rasanya semua orang tahu mengenai filem Laga yang menampilkan aksi ranjang antara Marsha dan Wan Hanafi Su. Jadi kalau dah adegan yang kurang manis ditampilkan, sudah tentu ia menjadi bualan hangat walaupun filem ini hanya akan ditayangkan tahun hadapan.

Selaku pelakon yang melakonkan adegan tersebut, Marsha beranggapan sesetengah pihak masih kolot mengenai perkara ini. Kata Marsha kepada Sinar Harian:-

Saya ingin memperbetulkan sedikit persepsi kolot sesetengah orang. Bagi saya, lakonan itu mempunyai seni tersendiri yang tidak mampu ditafsirkan dengan mudah atau dilihat dengan mata kasar.

Pada dasarnya, saya sudah diberitahu oleh pengarah Laga, tentang adegan ini. Awal-awal lagi saya sudah berbincang tentang teknik pengarahan untuk babak ini.

Sebenarnya, babak ini dihasilkan berpaksikan kepada jalan cerita. Bukan sengaja diwujudkan bagi mempopularkan filem ini bagi meraih ‘box-office’ atau sebagainya.

Marsha juga berpuas hati kerana dapat merealisasikan wataknya di dalam filem Laga. Tambah Marsha lagi:-

Sebagai pelakon, saya puas dapat merealisasikan watak ini seperti yang dikehendaki oleh pengarah. Saya tidak mahu memandang hal ini sebagai satu tembok untuk saya memperbaiki mutu lakonan saya.

Yang pasti, peluang berlakon dan bekerjasama dengan aktor-aktor seperti Wan Hanafi Su, Datuk Rosyam Nor, Eman Manan sudah dianggap satu penghormatan kepada orang seperti saya yang ingin meningkatkan kualiti lakonan dari semasa ke semasa,

Mungkin orang biasa tidak memahami jiwa orang seni yang penuh dengan kreativiti dan imaginasi seperti Marsha. Mungkin di mata kita nampak tidak elok untuk melakonkan aksi sebegini, namun di mata Marsha, ia adalah ekspresi daripada dalam jiwanya. Siapa tahu kan? Setiap orang punya pendapat masing-masing lebih-lebih lagi hal yang subjektif seperti lakonan. Tak begitu?
sumber: http://beautifulnara.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved